Thursday, August 22, 2013

Petikan dan ulasan sebahagian daripada Ucapan Perbahasan ADUN STULANG, CHEN KAH ENG di Persidanagn DUN Johor





Petikan dan ulasan sebahagian daripada ucapan perbahasan ADUN STULANG, CHEN KAH ENG di persidanagn DUN Johor ke13

ISU :  KERJASAMA AGENSI-AGENSI KERAJAAN BAIK DI PERINGKAT PUSAT ATAU NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Kerajaan pusat dan juga Kerajaan Negeri serta agensi-agensi kerajaan yang terlibat memikul tanggunjawab yang amat besar dalam pembangunan Negeri Johor dan juga dalam menyelesaikan masalah rakyat. Justeru itu, Stulang berharap setiap pihak yang terlibat boleh melaksanakan tanggungjawab masing-masing berlandaskan kehendak dan keperluan rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.




Selain itu, sekiranya kita memperalatkan agansi kerajaan untuk berkempen politik atau menggunakannya sebagai alat untuk mencapai matlamat politik pihak pemerintah, maka rakyat akan hidup bertambah susah.


Kes-kes yang diajukan oleh pihak pembangkang mengenai masalah rakyat dalam Dewan Rakyat atau Dewan Negeri untuk perhatian pihak bekuasa tempatan atau agensi kerajaan yang berkaitan patut juga diberi perhatian penuh seperti yang dibeikan kepada pihak pemerintah. Dengan kata lain, agensi kerajaan yang terlibat tidak seharusnya melibatkan diri mereka dalam politik dalam menyelesaikan masalah rakyat. Jika mereka ingin berpolitik, mereka dinasihatkan agar bertanding dalam PRU atau menjawat jawatan dalam parti politik dan bukannya menjawat jawatan dalam agensi kerajaan atau perkhidmatan awam.

Amalan yang adil sekiranya dipraktikkan juga boleh diibaratkan sebagai berlaku adil kepada rakyat kerana rakyat tidak akan dianaktirikan walaupun terdapat perbezaan fahaman politik, bangsa dan agama.


Sistem demokrasi memberikan hak untuk rakyat memilih wakil rakyat yang mereka sukai. Selepas pilihanraya umum, fahaman politik mesti diketepikan Agensi kerajaan atau PBT tidak seharusnya menghukum rakyat dengan tidak memberikan kerjasama di kawasan di mana ia dimenangi oleh pihak bukan pemerintah. Sekiranaya keadaan yang tidak sihat ini berterusan, maka orang lain yang merupakan penyokong kerajaan juga akan dijadikan mangsa. Ini adalah kerana kadang-kadang masalah yang diajukan melibatkan para penduduk secara umum di mana terdapat penduduk yang berlainan fahaman politik.


Kita juga tidak mahu ada tanggapan yang negatif terhadap Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri dan juga agensi yang terlibat oleh rakyat. Imej positif yang dibina sekiranya kerajaan berlaku adil pasti akan menolong kedua-dua pihak dalam mewujudkan suasana kerjasama yang erat demi memberi kemajuan kepada Malaysia dan Johor. 

Kerjasama ini juga merupakan satu kematangan politik yang diidamkan oleh setiap rakyat Malaysia.