Thursday, April 7, 2016

Isu Sistem Parkir Berkupon MBJB新山市政府泊车固本

市民及商家们的建议
1.      虽然市政府在今年1月份宣布泊车固本将在331号以后失效,但显然这不是一个合理的缓冲期划分。缓冲期应该是在新固本印好,并在市面上发行以后,新旧固本交替使用下逐渐淘汰旧固本。因此市民和商家都建议,将现有的泊车固本延长使用期限至531
2.      市政府在这个过渡时期所造成的固本短缺现象(商家不敢屯货出售、新固本还没印好),还对无法购得并放置泊车固本的车主执法,是否合理
3.      让市民特地抽空前去市政府购买现有泊车固本,买了固本后又将在近期内作废,这是非常不合理且浪费时间、金钱的。
4.      建议市政府可以让市民将现有泊车固本换新固本。作为负责任的市政府,不能让人民承担其内部重组而产生的费用。
5.      为了提高效率,各个涉及的市政府之间应该有一致的执行方式、执法方式、协调方式、公示方式,以免让市民感到混乱








Cadangan-cadangan daripada Rakyat dan Peniaga-peniaga
1.      Meminta agar kerajaan tempatan agar memanjangkan tempoh peralihan selama 2 bulan lagi. Masa peralihan seharusmya dikira setelah kupon baru siap dicetak.

2.      Oleh kerana wujudnya kekurangkan kupon di pasaran (akibat para peniaga tidak berani mengambil stok dari pihak kerajaan tempatan dan kupon baru pun belum siap dicetak), adakah pengeluaran saman tidak mempamerkan kupon berpatutan?

3.      Mengelakan para pengguna dari bergesas ke pejabat kerajaan tempatan hanya untuk membeli buku kupon yang akan tidak dapat digunakan merupakan satu pembaziran dan membuang masa.

4.      Mencadangkan agar kupon lama boleh ditukar dengan kupon baru apabila kupon baru siap dicetak. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan tidak sepatutnya memaksa rakyat menanggung sebarang kos yang ditimbulkan daripada penstrukturan teknikal dalaman.

5.      Untuk meningkatkan keberkesanan, setiap kerajaan tempatan yang terlibat perlu mempunyai pelaksaan, penguatkuasaan, penyelarasan serta pengumuman maklumat yang seragam agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.


Impian Sarawak Kampung Simuti, Sarawak

Kem Pendidikan Impian Sarawak
Kampung Simuti, Mambong Sarawak
06/12/2015 sehingga 11/12/2015

Kem Pendidikan Impian Sarawak yang telah dijalakan pada 6/12/2015 sehingga 11/12/2015 di Kampung Simuti, mambong Sarawak sekali lagi membuktikan keazaman IMPIAN SARAWAK dalam usaha mendekati komuniti orang Bidayuh di samping menolong menaikan kesedaran dan taraf pendidikan anank-anak Bidayuh.






Saya berasa amat berbesar hati kerana boleh menyertai Kem Pendidikan ini sebagai sukarelawan dari permulaan sehingga ke penghujung aturcara. Anak saya yang berumur 12 dan 10 tahun juga turut bersama saya dalam aktiviti sukarelawan ini yang mendedahkan kepada kami kehidupan luar bandar yang amat berbeza dengan kehidupan bandar di mana data selular adalah sukar dicapai.

Bermalam di kampung Simuti selama 5 malam dengan ditemani ; suara serangga, suara kicauan burung dan suara ayam berkokok sebelum fajar menyinsing, ayam itik yang berkeliaran, rumah papan dan buluh, bau harum buah durian yang menyelubungi hutan, air sejuk dan jernih dari gunung, udara bersih dan kabus pagi, merupakan pengalaman yang cukup padat dan manis.

Sebagai seorang wakil rakyat DAP dari Stulang, Johor Bahru yang berasal dari Kuching, Sarawak, saya rasa mempuyai obligasi untuk memikul tanggungjawab menjayakan projek pendidikan IMPIAN SARAWAK yang menolong membuka jendela dunia anak-anak Sarawak di kawasan pedalaman.

Pasukan sukarelawan di Kem Pendidikan Kampung Simuti kami terdiri daripada 11 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak. Dalam kem ini, kami memberikan pendidikan sokongan dalam Matematik, English dan Sains kepada anak-anak Bidayuh.

Sebagai sukarelawan yang menyalurkan pendidikan kepada mereka yang memerlukan boleh diibaratkan sebagai berkongsi ilmu dengan mereka. Budaya kongsi ilmu inilah yang kita harus galakkan dan dipergiatkan untuk kepentingan pembangunan pendidikan nasional di mana mereka yang lemah akan dibantu oleh mereka yang lebih berdaya saing. IMPIAN SARAWAK mendukong konsep kongsi ilmu ini dengan mengambil initiatif secara pro-aktif untuk mendekati komuniti yang memerlukan.




Melihat keriangan murid-murid yang comel serta tumpuan yang mereka berikan memberikan galakan yang amat besar kepada kami untuk memberikan seberapa banyak ilmu yang boleh kepada mereka. Sekali-sekala kami juga terkagum dengan kebolehan mereka serta ilmu yang mereka faham. Sekiranya minat mereka untuk belajar berkekalan, maka mereka boleh Berjaya.

Sejak kecil sehingga sekarang, saya sentiasa memegang kepada pedoman bahawa ilmu dan pendidikan merupakan asas yang boleh membawa perubahan pada taraf kehidupan. Kem Pendidikan ini memberikan peluang kepada saya untuk menyemai kepercayaan ini kepada murid-murid Simuti.

Semakin dalam kita menyelami atau menghayati sejarah, semakin tinggi pencapaian kita.

Kampung kita, kenangan kita. Kampung Simuti merupakan kampung yang berusia lebih daripada 100 tahun yang terdiri daripada sekitar 50 keluarga. Kampung simuti merupakan kampung halaman di mana orang simuti mengharungi segala keperitan hidup dan ia merupakan tempat sembuyinya kenangan dan nostalgia manis.

Lantaran itu adalah penting bagi generasi muda dan anak-anak kampung sentiasa ingat akan asal usul sendiri. Saranan saya kepada mereka adalah :

“Apabila anda melihat : Gunung, anak sungai, hutan, rumah panjang, kayu api, pokok durian, pokok rambutan, padi, Ingatlah dan hayatilah ibu bapa, datuk nenek dan nenek moyang anda.”

“When you see : Mountain, stream, forest, long house, fire woods, durian tree, rambutan tree, paddy, remember and appreciate your parents, grandparents and ancestors.”

Kami juga amat terima kasih kepada para penduduk kampung simuti atas sambutan berbuka hati mereka terhadap kedatangan kami. Selain diperkenalkan dengan pelbagai jenis masakan sayur hutan tradisi, buah-buahan tempatan, ikan bakar, kami juga diperkayakan dengan banyak pengalaman hidup penduduk kampung Simuti. Antaranya : pengalaman mengutip durian di hutan, pengalaman merentasi denai hutan, pengalaman bersama tukang besi.




Melalui program kem pendidikan ini, anak-anak sentiasa diaspirasikan untuk mengecapi kejayaan melalui iktizam dan cita-cita tinggi mereka. Saya berharap murid-murid ini akan berjaya dan menjadi kebanggaan kepada ibu bapa dan seluruh penduduk kampung Simuti.

Akhirnya, saya berharap lebih ramai orang akan menyertai barisan sukarelawan ini pada masa hadapan untuk menjayakan program IMPIAN SARAWAK ini.


Andrew Chen Kah Eng
Sukarelawan

Adun DAP Stulang, Johor Bahru