Sunday, October 13, 2013

kadar sewa Projek Perumhan Rakyat Johor





Kadar sewa Projek Perumahan Rakyat Johor merupakan satu aspek penting mengenai perumahan Johor yang amat diambil berat oleh masyarakat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.


Untuk mengetahui samaada kadar sewa akan dinaikan apabila perjanjian sewa telah tamat nanti, dan memberi tekanan kepada pihak kerajaan negeri agar kadar sewa tidak dinaikan, maka isu ini telah dibawa ke dewan negeri





SOALAN-SOALAN LISAN

Dl PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA  HARI RABU, 21 OGOS 2013






Y.B. ENCIK CHEN KAH ENG (STULANG) 


Adakah Kerajaan Negeri akan meningkatkan kadar sewa, dalam masa setahun yang terdekat ini untuk Projek Perumahan Rakyat Johor apabila perjanjian sewa penghuni telah tamat tempoh atau  semasa diperbaharui?



JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI ABO. LATIF BIN BANDI



SEHINGGA KINI, KERAJAAN NEGERI MASIH BELUM BERCADANG ATAU MEMPUNYAI APA-APA PERANCANGAN UNTUK MENINGKATKAN KADAR SEWA PROJEK  PERUMAHAN  RAKYAT  JOHOR  APABILA  PERJANJIAN  SEWA PENGHUNI TELAH TAMAT TEMPOH ATAU SEMASA DIPERBAHARUI. SETAKAT INI, KERAJAAN NEGERI MASIH MENGEKALKAN KADAR SEWA SEDIA ADA BAGI RUMAH-RUMAH PANGSA SEWA KERAJAAN, MANAKALA BAGI KADAR SEWA DIRUMAH-RUMAH PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) KERAJAAN NEGERI MASIH MENGIKUT SEBAGAIMANA YANG TELAH DITETAPKAN OLEH JABATAN PERUMAHAN NEGARA (JPN).



KERAJAAN NEGERI BERPENDAPAT KADAR SEDIA ADA SEKARANG MASIH BERPATUTAN DENGAN KEADAAN PASARAN SEMASA DAN TIDAK MAHU MEMBEBANKAN RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH YANG MENGHUNI Dl KAWASAN PERUMAHAN RAKYAT SEKIRANYA KENAIKAN KADAR YANG BARU DlPERKENALKAN.



KADAR SEWA Dl RUMAH PPR ADALAH SEBANYAK RM124.00 SEBULAN. MANAKALA BAGI RUMAH-RUMAH PANGSA YANG LAIN Dl DAERAH-DAERAH, KADAR SEWA ADALAH DARIPADA RM65.00 SEHINGGA RM200.00. IANYA BERBEZA   BERGANTUNG   KEPADA   JENIS   RUMAH   DAN   BILANGAN   BILIK. SENARAI KADAR SEWA ADALAH SEPERTI BERIKUT:



BIL
TEMPAT
KADAR SEWA (RM)
1.
PPR KEMPAS PERMAI (TAMPOI)
124.00
2.
PPR DESA MUTIARA (TEBRAU)
124.00
3.
PPR SRI STULANG
124.00
4.
PPR SRI ISKANDAR
124.00
5.
PPR YONG PENG
124.00
6.
PPR BATU ANAM
124.00
7.
RUMAH PANGSA LARKIN
70.00/130.00/150.00
8.
RUMAH PANGSA BANDAR SERI ALAM
100.00
9.
RUMAH PANGSA TAMAN CENDANA 1
100.00
10.
RUMAH PANGSA TAMAN CENDANA 2
200.00
11.
RUMAH PANGSA KANGKAR PULAI
100.00
12.
RUMAH PANGSA KLUANG
75.00
13.
RUMAH PANGSA BATU PAHAT
65.00
14.
RUMAH PANGSA SEGAMAT
75.00





UNTUK  MEMOHON  MENYEWA  Dl  RUMAH  PANGSA  SEWA  KERAJAAN MAHUPUN PPR TERDAPAT SYARAT YANG DIKENAKAN. SYARAT-SYARAT SEBAGAIMANA BERIKUT:



1.        WARGANEGARA MALAYSIA



2.        BERKAHWIN (TERMASUK DUDA I JANDA).



3.        TIDAK MEMILIKI RUMAH ATAU TANAH UNTUK TAPAK  RUMAH Dl NEGERI JOHOR.



4.        SATU PERMOHONAN BAGI PASANGAN SUAMI/ ISTERI KECUALI LAIN-LAIN ISTERI.



5.        KELAHIRAN NEGERI JOHOR.



6.        BAGI  KELAHIRAN  LUAR  NEGERI  JOHOR,  PERLU  DIKEMUKAKAN  BUKTI TEMPOH MENETAP Dl NEERI JOHOR TIDAK KURANG 10 TAHUN.



7.        BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS TETAPI TIDAK MELEBIHI 50 TAHUN.


PENDAPATAN   BERSAMA   SUAMI   ISTERI   TIDAK   MELEBIHI   RM1,500.00 SEBULAN DAN BAGI PERMOHONAN RUMAH PANGSA TAMAN CENDANA 2, PENDAPATAN BERSAMA SUAMI ISTERI DARI RM1,500.00 HINGGA RM2,500.00.

Thursday, October 3, 2013

Peruntukan dan perbelanjaan untuk naik taraf dan penyelenggaraan rumah pangsa di Stulang Laut



SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI)
PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI 15 OGOS HINGGA 22 OGOS 2013

Y.B. ENCIK CHEN KAH ENG (STULANG)
SOALAN B28

Senaraikan peruntukan yang telah dibelanjakan dan yang akan diberikan (dari tahun 2008 ke 2014) kepada rumah pangsa di Stulang Laut, Johor Bahru untuk tujuan naik taraf atau penyelenggaraan memandangkan banyak kemudahan infrastruktur sudah usang.



JAWAPAN

Senarai perbelanjaan bagi 26 Blok Rumah pangsa di Stulang Laut sepanjang 2018 hingga 2013 dan anggaran 2014 adalah sebagaimana berikut:-

Bagi tahun 2008 perbelanjaan penyelenggaraan adalah sebanyak RM210,000.00 dengan melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan sebanyak Rm174,000.00 serta penyelengraan air kumbahan sebanyak RM36,000.00

Sepanjang tahun 2009 sebanyak RM174,000.00 telah dibelanjakan atas kerja-kerja pembersihan kawasan sahaja.

Bagi tahun 2010 pula, kerja-kerja pembersihan kawasan adalah sebanyak RM174,504.00 dan penyelengraran air kumbhan sebanyak Rm36,000.00dimana perbelanjaan keseluruhan 2010 adalah RM210,504.00.

Jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi tahun 2011 adalah sebanyak RM211,420.00 melibatkan kerja-kerj pembersihan kawasan Rm175,420.00 dan penyelengaraan air kumbahan sebanyak Rm36,000.00
Bagi tahun 2012 kerja-kerja pembersihan kawasan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM180,000.00. Melalui peruntukan pembangunan kerja-kerja mengecat di blok 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25 & 26 dilaksanakan melalui sebutharga melibatkan perbelanjaan sebanyak Rm458,700.00 dan kerja-kerja penyengggaraan air kumbahan pula berjumlah RM36,000.00. Jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi tahun 2012 adalah sebanyak RM674,700.00

Sehingga tahun 2013 bahagian perumahan telah memperuntukan kerja-kerja pembersihan kawasan sebanyak RM180,000.00 Kerja-kerja mengecat bagi Blok 9, 10, 11, 12 & 13 diperuntukkan sebanyak Rm200,000.00 melalui proses sebutharga. Bagi kerja-kerja penyelenggraan air Kumbahan sebanyak RM36,000.00 dan sehingga 31.07.2013 sebanyak RM122,900.00 telah dibelanjakanbagi kerja-kerja membaiki kerokan letrik dan bumbung. Sebanyak Rm538,900.00 telah dibelanjakan setakat 31.07.2013.
PERBELANJAAN DARI TAHUN 2008 SEHINGGA 31.07.2013 ADALAH SEBANYAK RM2,019,524.00

Anggaran perbelanjaan yang telah dirancang bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM456,000.00 bagi kerja-kerja sebagaimana berikut:
PEMBERSIHAN KAWASAN SEBANYAK RM180,000.00
MENGECAT BLOK 4,5,6, 7 & 8 SEBANYAK RM200,000.00
PENYELENGARAAN AIR RAWATAN KUMBAHAN RM36,000.00
MEMBAIKI KEROSAKANELEKTRIK (BLACK BOX0 RM40,000.00

Janjian pampasan atau pakej perpindahan ditawarkan kepada penduduk setinggan di Kampung Hajah Hasnah, Johor Bahru



SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI 15 OGOS HINGGA 22 OGOS 2013

Y.B. ENCIK CHEN KAH ENG (STULANG)

SOALAN B29

Apakah janjian pampasan atau pakej perpindahan secara terperinci yang ditawarkan kepada penduduk setinggan di Kampung Hajah Hasnah, Johor Bahru apabila mereka diarahkan berpindah ke rumah mampu milik kerajaan atau ke tempat yang ditawarkan?




JAWAPAN

Penduduk setinggan di Kg Hajah Hasnah, Johor Bahru yng terlbat dengan projek pembinaan lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) dan mereka layak ditawarkan penempatan semula ke rumah pangsa kos sederhana rendah kerajaan, akan dibayar saguhati perindahan sebanyak RM1,000.00 bagi setiap keluarga. Bayaran saguhati ini diberikan apabila mereka berpindah masuk ke penempatan semula yang disediakan.
Harga rumah pangsa kos sederhana rendah dengan keluasan 850 kaki persegi yang ditawarkan kepada penduduk terlibat sekiranya mereka bekas pemegang TOL adalah RM35,000.00 seunit dan jika penyewa pada harga RM50,000.00 seunit.