Saturday, June 22, 2013

Jom ! Ronda Taman Pelangi





Jom Ronda Taman Pelangi
Ucapan Adun Stulang, YB Chen Kah Eng
14-06-2013      9:00pm

Yang dihormati Tuan Gagat, Ketua Balai Polis Tmn Pelangi, Encik Stephrn Ngu selaku ketua ronda riada, Encik Soh pemilik De Gem Sdn Bhd, selaku penaja utama program malam ini, pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis, Tuan-tuan dan Puan-puan, rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuaan terima kasih atas kesudian meluangkan masa untuk program Jom Ronda Taman Pelangi malam ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Balai Polis Tmn Pelangi kerana dengan bantuan dan kerjasama, program malam ini dapat berjalan dengan lancar.

Saya berasa cukup bangga kerana boleh bekerjasam dengan Balai Polis Tmn Pelangi untuk menganjurkan program bersama untuk kebaikan para penduduk setempat di Taman Pelangi. Mudah-mudahan dengan permulaan yang baik ini sambil mengeratkan talian silahturahim, ia akan menjadi satu batu lonjatan untuk kerjasama yang seterusnya.

Aktiviti mengayuh basikal bersama di antara pihak polis dan juga orang awam akan mengeratkan perhubungan di antara pihak polis dan para penduduk. Kami juga menggalakkan para penduduk agar dapat meluangkan masa untuk aktiviti sebegini pada masa akan datang.

Selain mengeratkan hubungan di antara pihak polis, pejabat ADUN dan juga rakyat, aktiviti ronda riadah ini juga boleh dilihat sebagai aktiviti senaman yang sangat baik untuk mengekalkan tahap kesihatan. Selain itu, imej yang positif di antara para penduduk dengan pihak polis juga boleh dibentuk untuk memudahkan kerjasama antara rakyat dan Polis untuk mengatasi masalah jenayah yang selama ini menjadi isu hangat penduduk setempat.   

Saya juga menyeru kepada para penduduk di Johor Bahru, khususnya di Tmn Pelangi agar memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak polis dalam usaha mengurangkan dan juga menagani kes-kes jenayah. Segala maklumat yang disalurkan kepada pihak polis amat berguna dalam menyiasat sebarang kes jenayah. Justeru itu, adalah menjadi tanggunjawab rakyat untuk melaporkan segala kejadian jenayah atau maklumat yang dirasakan berguna kepada pihak polis.

Penglibatan komuniti adalah amat perlu untuk membantu pihak polis menolong rakyat jelata. Dengan kerjasama yang erat ini, saya pasti kes-kes jenayah pasti akan dapat dikurangkan.

Dalam aktiviti malam ini, kita akan mengayuh basikal sambil meronda di sekitar taman pelangi.

Selain meronda, kami juga akan tolong menanggalkan iklan-iklan atau pelekat-pelekat yang menyalahi undang-undang. Fenomena vandalism yang tidak bertanggungjawab ini amat menjolok mata pandangan kita dan juga menimbulkan kesukaran kepada rakyat.

Ini boleh dilihat apabila terdapat pelekat-pelekat yang dilekatkan di papan tanda jalan sampai no atau nama jalan tidak kelihatan. Selain,mejolok mata, ini telah menimbulkan kesulitan kepada para pengguna apabila mereka dalam keadaan cemas untuk mencari jalan atau alamat. 

Keadaan ini juga menjejaskan imej negara dan jumlah kerugian akibat perbuatan vandalisme ini amatlah besar.

            
Kalau keadaan ini berterusan, orang asing yang melawat Johor Bahru akan mempunyai tanggapan bahawa seolah-olah rakyat Malaysia tidak perihatin tentang kebersihan alam sekitar dan mempunyai tanggunjawab social dan sivik yang rendah.

Aktiviti kita ini juga boleh memupuk kesedaran di kalangan rakyat untuk kita bersama-sama membanteras sikap vandalism yang tidak bertanggunjawab ini.

Untuk makluman umum, sesiapa yang didapati melakukan kesalahan vandalism, di bawah Akta Kerajaan Tempatan, Undang-Undang Kecil Vandalisme, sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika disabit kesalahan.

Mudah-mudahan dengan usaha kita dan kerjasama semua pihak yang terlibat, persekitaran Johor Bahru yang lebih berkualiti, hijau, bersih mesra dan selamat boleh diwujudkan untuk kesejahteraan rakyat jelata. 

Akhir kata, selamat maju jaya kepada semua.

Sekian, terima kasih.