Wednesday, February 26, 2014

Soalan ADUN Stulang Mengenai Laluan Basikal di Johor Bahru

Berikut merupakan jawapan yang diberikan pada Persidangan Dewan Negeri Johor Feb2014 mengenai laluan basikal di Johor Bahru. 

Memandangkan pentingnya menwujudkan laluan basikal di Johor Bahru, maka soalan berikut telah ditujukan kepada Menteri Besar.

Soalan:

Apakah usaha dan cadanagan secara khusus yang telah atau yang akan dilaksanakan untuk mewujudkan lebih laluan basikal di Johor seperti yang telah disarankan dalam ucapan budjet 2014 Menteri Besar?






Monday, February 24, 2014

Nilaian Baru Cukai Harta MBJB

Berkenaan dengan perkara di atas, saya selaku ADUN Stulang berserta dengan ADUN Parit Yaani, YB Aminolhuda Hassan dan ADUN Bukit Batu, YB Jimmy Puah Wee Tse ada bersama dengan para penduduk di pejabat MBJB semasa sesi pendegaran bantahan ke atas penilaian semula bagi harta pada 19-02-2014.

Terdapat rungutan bahawa, ada penduduk dinasihatkan untuk membayar cukai harta dalam bil tuntutan yang dikirimkan kepada para penduduk dahulu dan bayaran lebihan akan ditolak kemudian setelah proses penilaian semula siap dijalankan.




Sidang Media oleh YB Parit Yanni, YB Bukit Batu dan YB Stulang 


Kami selaku Jawatankuasa Bertindak Cukai Harta Johor Pakatan Rakyat berasa kesal dengan keputusan tersebut. Kami menyeru agar :
1.Bayaran cukai ditangguhkan setelah proses bantahan telah siap diproses. Bayaran hanya boleh dituntut daripada para penduduk setelah senarai nilaian baru yang berpatutan dan bil tuntutan yang baru dikeluarkan.
2. Tangguhan bayaran ini tidak boleh diibaratkan sebagai pembayaran lewat dan sebarang denda bayaran lewat adalah tidak dibenarkan sama sekali.
3. Untuk mengelakkan kekeliruan, pihak majlis seharusnya membuat satu kenyataan umum bahawa proses penilaian semula masih dijalankan. Justeru itu, bayaran akan ditangguhkan sehingga proses bantahan dan penilaian semula siap dijalankan.

Para penduduk berasa takut kerana apabila mereka membuat bayaran dahulu, maka mereka akan dianggap telah menerima nilai cukai yang dicadangkan oelh pihak majlis dan sebarang aduan tidak akan dilayan nanti.



Surat Bantahan kepada MBJB


Rumah RM305,000 dinilai dengan nilai RM21,554,000. Cukai yang baru adalah sebanyak RM25,864.00. Cukup dahsyat.



Andrew Chen Kah Eng

Tuesday, February 11, 2014

IKLAN PREMIS KANVAS Johor Bahru



IKLAN PREMIS KANVAS


Sejak kebelakangan ini, para peniaga di Johor Bahru khususnya di bawa pentadbiran MBJB telah menerima surat untuk menurunkan iklan premis kanvas mereka. Mereka juga diarahkan untuk menukar papan iklan yang berukuran 20’ x  4’ kerana kononnya iklan yang melebihi ukuran tersebut adalah menyalahi undang-undang.


Pada tahun 2005, demo berkenaan dengan iklan kanvas telah dilakukan dengan kehadiran pihak majlis dan juga pihak Bomba. Hasil daripada demo tersebut, adalah didapati iklan kanvas yang melebihi ukuran 20’ x 4’ adalah selamat dan boleh digunapakai. Pihak bomba juga tidak akan menemui masalah apabila berlakunya kebakaran kerana iklan kanvas boleh dipotong dengan senang dengan pisau pejabat sahaja.


Ekoran daripada itu, Panduan Pemasangan Papan iklan Kanvas telah dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat pada tahun 2005. Para peniaga yang mematuhi panduan tersebut tidak akan menghadapi masalah kelulusan daripada pihak majlis .

Kekeliruan telah timbul apabila merekan yang mematuhi panduan tersebut diarahkan untuk turunkan iklan mereka.


Persoalannya, adakah Panduan Pemasangan Papan iklan Kanvas telah dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat pada tahun 2005 masih boleh diterima dalam memberikan kelulusan papan iklan kanvas? Pada pendapat saya, panduan ini seharusnya dibenarkan berterusan kerana ia telah mendapat sokongan dari pihak Bomba dan syarikat insuran juga tidak ada sebarang masalah dalam memberikan insuran “Public Liability” kepada mereka. Maksudnya, syarikat insuran pun rasa ia selamat.


Keadaan ini telah menimbulkan kesulitan di kalangan peniaga dan juga pengusaha papan iklan. Mereka terpaksa menanggung kos yang lebih kerana diminta menukar papan iklan yang masih elok. Ini merupakan satu pembaziran. Para peniaga baru yang ingin memasang iklan kanvas pada premis mereka juga serba salah kerana takut disaman walaupun telah mematuhi panduan pemasangan 2005.


Bagi pihak majlis pula, pihak majlis juga boleh mengutip hasil yang lebih daripada para peniaga yang memasang iklna kanvas yang melebihi 20’ x 4’ dan mematuhi panduang pemasangan. Ini adalah kerana cukai iklan adalah berlandaskan saiz ukuran. Lagi besar, lagi banyak hasil.


Selain itu, iklan yang besar dan cantik juga yang lebih mampu menyampaikan mesej kepada para pengunjung. Ini juga merupakan satu langkah untuk menggerakkan ekonomi Johor Bahru.

Berikutmerupakan jawapan yang diberikan oleh exco kerajaan tempatan Johor berkenaan dengan isu tersebut ;



Andrew Chen Kah Eng

曾笳恩