Friday, April 4, 2014

Rumah Warisan Wong Ah Fook di Johor Bahru patut dikekalkan



Rumah warisan orang kenamaan, Wong Ah Fook yang banyak berjasa kepada Johor di Jalan Lumba Kuda, Johor Bahru.

Kerajaan Johor diseru agar menggunakan pendekatan atau perundangan yang ada untuk mengekalkan bangunan tersebut. Keperluan untuk mengekalkannya adalah didorong oleh faktor-faktor berikut :
1. Wong Ah Fook merupakan orang kenamaan dan mempunyai sumbangan yang amat besar terhadap Johor. Segala wariasannya mempunyai nilai sejarah yang tidak terhingga dan perlu diperkenangkan oleh generasi muda.
2. Sekiranya bangunan ini dijaga dan diselenggarakan dengan baik, ia boleh dijadikan sebagai sebuah muzium yang mempamerkan sejarah Johor Bahru serta Wong Ah Fook.
3. Pengekalan bangunan ini akan memperkayakan tempat warisan Johor Bahru dan ini secara lansung boleh menggalakkan industri pelancongan Johor yang boleh mendatangkan sumber pendapatan kepada rakyat Johor.
4. Pengekalan bangunan ini serta menjadikan ia sebagai tarikan pelancongan juga boleh merancakkan aktiviti ekonomi di sekitar Jalan Lumba Kuda. Usaha ini pasti akan menjadi batu loncatan kepada usaha menaik taraf dan mencorakkan wajah baru yang lebih progresif di kawasan Lumba Kuda.
5. Sudah tiba masanya untuk kerajaan meneliti dan merancang penempatan kawasan Lumba Kuda kerana ia berdekatan dengan kastam tambak Johor dan merupakan pintu masuk ke Johor Bahru. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Johor untuk mencorakkan imej yang berkualiti kepada pelancong yang masuk ke Johor.
6. Pengekalan bangunan ini juga merupakan satu tanda bahawa kerajaan dan rakyat Johor amat menghargai sumbangan Wong Ah Fook dalam pembangunan Johor.

Diharapkan pihak kerajaan akan memandang perkara ini dengan serius. Tindakan yang cepat adalah diperlukan supaya keadaan tidak menjadi terlewat seperti bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur. Kita tidak mahu rakyat Johor menyesal melihat bangunan warisan yang bernilai hilang satu persatu di Johor.


呼吁柔佛州政府基于以下理由,依据现有的途径或法律来保留位于鲁巴古打鲁 (Jalan Lumba Kuda)的黄亚福故居:
1. 黄亚福是一位为柔佛州发展做出极大的贡献的知名人物。 他所有的遗迹拥有无限的历史价值,这是年轻一代不容遗忘的。

2. 假如这个建筑物能够完好的修复和保养,这可以成为一栋展示新山历史和黄亚福历史的博物馆。

3. 保留此建筑物将丰富新山的历史遗迹。这也能够促进柔佛州的旅游业并为柔佛州人民带来可观的收入来源。

4. 假如此建筑物成为旅游景点可以促进鲁巴古打鲁周遭的经济活动。这份努力肯定能提升鲁巴古打区的生活素质,并为这区带来更为积极、正面的全新面貌。

5. 政府是时候回顾和计划鲁巴古打区的发展,因为此区与新山关卡比邻,是个进入新山的门口。柔佛州政府有责任给进入柔佛州的旅客一个良好的印象。

6. 保留此建筑物视为是政府和柔佛州人民珍惜黄亚福对柔佛州发展的贡献的标志。

希望政府部门能够认真的检视此课题。为了避免生米煮成熟饭,因此政府需要快速的采取行动。我们不希望柔佛州的人民遗憾的看着一栋栋深具历史价值的建筑古迹在柔佛州消失。











Penduduk di Jalan Lumba Kuda, Johor Bahru rasa tertekan atas arahan berpindah

Sebahagian penduduk di Jalan Lumba Kuda, Johor Bahru yang merangkumi para peniaga, penganut tokong, serta bengkel kereta diseru berpindah atas arahan tuan tanah. Mereka merayu kepada tuan tanah agar memberikan masa yang lebih kapada mereka untnk berpindah kerana mereka masih belum dapat mencari tempat yang sesuai untuk berpindah.部分位于Jalan Lumba Kuda, Johor Bahru的商家,寺庙和居民等因接到地主的通知需要搬迁。但因为通知的时间紧迫,他们希望地主能给予多一点时间,好让他们能妥善地安排搬迁。













Andrew Chen Kah Eng