Thursday, November 21, 2013

ADUN DAP STULANG, JOHOR : GESA KERAJAAN TEMPATAN JANGAN NAIKKAN CUKAI HARTA



ADUN DAP STULANG, JOHOR : GESA KERAJAAN TEMPATAN (MBJB) JANGAN NAIKKAN CUKAI HARTA




Para penduduk di Johor Bahru terutamanya di bawah pentadbiran MBJB  telah menerima notis nilaian baru bagi rumah mereka.  Rata-rata, cukai yang dikenakan telah dinaikkan kerana taksiran nilai rumah telah meningkat. Sesetengah kenaikan yang dialami adalah melebihi 50% dan ada yang mencecah sehingga sekali ganda.



ADUN DAP Stulang, Andrew Chen Kah Eng telah meninjau masalah mereka dan menyeru Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta MBJB agar mengaji balik tindakan MBJB.



Para penduduk terpaksa nenanggung cukai harta yang lebih. Walaupun nilai harta rumah telah naik, tetapi para penduduk berasa tertekan dengan kenaikan mendadak teresebut terutamanya mereka yang tidak menjual rumah mereka. Walaupun harga rumah sudah naik, tetapi jika mereka jual rumah mereka, ke manakah mereka mahu duduk?



Para penduduk berasa gelisah dan tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kenaikan cukai harta ini boleh diibaratkan sebagai menaruh garam pada luka kerana harga barang pasaran sudah naik melambung, lebih-lebih lagi kerajaan akan melaksanakan system cukai GST pada tahun 2015.




Para penduduk berharap MBJB boleh bersikap lebih fleksibel dalam kes ini dengan mengurangkan kadar cukai. Sekiranya nilai taksiran menigkat, tetapi kadar diturunkan dengan sewarjarnya, maka cukai harta mereka akan dikekalkan pada jumlah yang sama atau kenaikan yang tidak terlalu mendadak.




Contohnya, kadar cukai yang ditetapkan pada 2013 adalah 0.13%. Jika kadar cukai pada 2014 dikurangkan kepada 0.08% atau lebih rendah, maka jumlah cukai yang dikenakan  (nilai harta darab dengan kadar cukar) akan tidak akan mengalami kenaikan yang terlalu mendadak walaupun taksiran nilai adalah lebih tinggi.




 Contoh 1 :

Nilaian sekarang         : RM183,000               Kadar cukai                 : 0.13%

Maka cukai yang dikenakan adalah   :           RM237.90



Nilaian baru                : RM303,000               Kadar cukai                 : 0.12%

Maka cukai yang dikenakan adalah   :           RM363.90



Sekiranya :

Nilaian baru                : RM303,000               Kadar cukai                 : 0.08%

Maka cukai yang dikenakan adalah   :           RM242.40



Contoh 2 :

Nilaian sekarang         : RM173,000               Kadar cukai                 : 0.13%

Maka cukai yang dikenakan adalah   :           RM224.90



Nilaian baru                : RM411,000               Kadar cukai                 : 0.12%

Maka cukai yang dikenakan adalah   :           RM493.20



Sekiranya :

Nilaian baru                : RM411,000               Kadar cukai                 : 0.08%

Maka cukai yang dikenakan adalah   :           RM328.80


Berlandaskan contoh-contoh di atas, cukai harta yang dikenakan akan dikekalkan di paras yang boleh diterima atau kenaikan tidak terlalu mendadak.



Oleh kerana, banyak taman perumahan di sekitar Johor Bahru merupakan Tmn lama. Banyak infrastruktur seperti jalan, lampu dan longkang telah rosak. Adakah kerajaan akan menaiktaraf taman mereka dengan lebihan kutipan cukai harta? Sekiranaya tidak ada pembangunan atau rancangan yang konkrit, maka kenaikan cukai tersebut adalah tidak adil.


Adakah pihak berkuasa tempatan akan meningkatkan taraf perkhidmatan mereka dalam pengurusan sampah di taman-taman agar taraf kebersihan boleh diperbaiki? Sekiranya paras perkhidmatan dalam pengurusan sisa pepejal tidak mencapai taraf yang memuaskan, maka pihak kerajaan tempatan sebenarnya tidak berhak untuk mengutip cukai harta yang lebih.


Selain itu, kadar cukai bagi premise perdagangan telah dinaikkan dari 0.26% ke 0.27%.



Selain itu, menurut lapoan kewangana MBJB 2012, didapati terdapat lebihan pendapatan pada tahun 2012 dan 2011 iaitu sebanyak RM27,053,160 dan RM14,672,777 masing-masing.



MBJB sebenarnya belum berada dalam keadaan terdesak lagi untuk menambah pendapatan. Mengapakah mahu membebankan rakyat dengan cukai dalam lingkungan sekali ganda?



Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng juga mencadangkan agar PBT mengambil langkah yang lebih berkesan dan bijak untuk mengutip balik cukai harta tertunggak. Mengutip balik cukai tertunggak yang banyak juga boleh menambah pendapatan PBT tanpa menjadikan penduduk yang tidak berdosa sebagai mangsa. Untuk pengetahuan umum, cukai harta tertunggak bagi MBJB adalah seperti berikut : RM55.21 juta (2012), RM63.67 juta (2011), RM60.91 juta (2010) dan RM58.88 juta (2009).



ADUN STULANG dan para penduduk meminta agar kadar dikurangkan terus dan automatik tanpa memerlukan surat rayuan supaya masa pentadbiran tidak akan disia-siakan.




No comments:

Post a Comment