Thursday, March 14, 2013

Peruntukan Hal-Ehwal Islam

 Kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng selalu dicemar sebagai anti-Islam oleh pemimpin UMNO. Akan tetapi, fakta dasar kerajaan jelas membuktikan bahawa agama Islam bukan sahaja terpelihara di Pulau Pinang, tetapi lebih diberi keperihatinan berbanding dengan zaman BN. Peruntukan kerajaan untuk hal-ehwal Islam telah meningkat setiap tahun sejak 2008, dari RM12.5 juta sehingga RM64 juta tahun ini, pertambahan 412%!

Pencapai kerajaan Pulau Pinang mempertahankan hak Muslimin dan Muslimat telah menimbulkan, dengan ironi, bantahan daripada calon Ketua Menteri BN, Datuk Teng Chang Yeow.

Beliau menuduh bahawa Kerajaan Pakatan membuat perbelanjaan melampau dalam hal-ehwal agama Islam yang meningkat melebihi 300 peratus berbanding ketika Pulau Pinang diperintah BN.

Ini menunjukkan prinsip munafik BN di mana UMNO menfitnah Lim Guan Eng kerana meminggirkan agama Islam untuk memancing undi Melayu, manakala pemimpin BN bukan UMNO pula menuduh Lim Guan Eng sebagai terlalu Islam, untuk menakutkan kaum bukan Islam.

Beliau sanggup memperlekehkan agama persekutuan hanya untuk kepentingan politik. Inilah taktik BN selama ini; menggunakan isu perkauman dan agama secara selektif untuk melaga-lagakan rakyat.


Dipetik dari Roketkini DAP

No comments:

Post a Comment