Jom Ronda Taman
Pelangi
Ucapan Adun Stulang, YB Chen Kah Eng
14-06-2013 9:00pm
Yang dihormati Tuan Gagat, Ketua Balai
Polis Tmn Pelangi, Encik Stephrn Ngu selaku ketua ronda riada, Encik Soh
pemilik De Gem Sdn Bhd, selaku penaja utama program malam ini, pegawai-pegawai
dan anggota-anggota polis, Tuan-tuan dan Puan-puan, rakan-rakan sekalian. Terlebih
dahulu saya ingin merakamkan ribuaan terima kasih atas kesudian meluangkan masa
untuk program Jom Ronda Taman Pelangi malam ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada
Balai Polis Tmn Pelangi kerana dengan bantuan dan kerjasama, program malam ini
dapat berjalan dengan lancar.
Saya berasa cukup bangga kerana boleh
bekerjasam dengan Balai Polis Tmn Pelangi untuk menganjurkan program bersama
untuk kebaikan para penduduk setempat di Taman Pelangi. Mudah-mudahan dengan
permulaan yang baik ini sambil mengeratkan talian silahturahim, ia akan menjadi
satu batu lonjatan untuk kerjasama yang seterusnya.
Aktiviti mengayuh basikal bersama di antara
pihak polis dan juga orang awam akan mengeratkan perhubungan di antara pihak
polis dan para penduduk. Kami juga menggalakkan para penduduk agar dapat
meluangkan masa untuk aktiviti sebegini pada masa akan datang.
Selain mengeratkan hubungan di antara pihak
polis, pejabat ADUN dan juga rakyat, aktiviti ronda riadah ini juga boleh
dilihat sebagai aktiviti senaman yang sangat baik untuk mengekalkan tahap
kesihatan. Selain itu, imej yang positif di antara para penduduk dengan pihak
polis juga boleh dibentuk untuk memudahkan kerjasama antara rakyat dan Polis
untuk mengatasi masalah jenayah yang selama ini menjadi isu hangat penduduk
setempat.
Saya juga menyeru kepada para penduduk di
Johor Bahru, khususnya di Tmn Pelangi agar memberi kerjasama yang sepenuhnya
kepada pihak polis dalam usaha mengurangkan dan juga menagani kes-kes jenayah.
Segala maklumat yang disalurkan kepada pihak polis amat berguna dalam menyiasat
sebarang kes jenayah. Justeru itu, adalah menjadi tanggunjawab rakyat untuk melaporkan
segala kejadian jenayah atau maklumat yang dirasakan berguna kepada pihak
polis.
Penglibatan komuniti adalah amat perlu
untuk membantu pihak polis menolong rakyat jelata. Dengan kerjasama yang erat
ini, saya pasti kes-kes jenayah pasti akan dapat dikurangkan.
Dalam aktiviti malam ini, kita akan
mengayuh basikal sambil meronda di sekitar taman pelangi.
Selain meronda, kami juga akan tolong
menanggalkan iklan-iklan atau pelekat-pelekat yang menyalahi undang-undang.
Fenomena vandalism yang tidak bertanggungjawab ini amat menjolok mata pandangan
kita dan juga menimbulkan kesukaran kepada rakyat.
Ini boleh dilihat apabila terdapat
pelekat-pelekat yang dilekatkan di papan tanda jalan sampai no atau nama jalan
tidak kelihatan. Selain,mejolok mata, ini telah menimbulkan kesulitan kepada
para pengguna apabila mereka dalam keadaan cemas untuk mencari jalan atau
alamat.
Keadaan ini juga menjejaskan imej negara
dan jumlah kerugian akibat perbuatan vandalisme ini amatlah besar.
Kalau keadaan ini berterusan, orang asing
yang melawat Johor Bahru akan mempunyai tanggapan bahawa seolah-olah rakyat Malaysia
tidak perihatin tentang kebersihan alam sekitar dan mempunyai tanggunjawab
social dan sivik yang rendah.
Aktiviti kita ini juga boleh memupuk
kesedaran di kalangan rakyat untuk kita bersama-sama membanteras sikap
vandalism yang tidak bertanggunjawab ini.
Untuk makluman umum, sesiapa yang didapati
melakukan kesalahan vandalism, di bawah Akta Kerajaan Tempatan, Undang-Undang
Kecil Vandalisme, sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh
didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika disabit
kesalahan.
Mudah-mudahan dengan usaha kita dan
kerjasama semua pihak yang terlibat, persekitaran Johor Bahru yang lebih
berkualiti, hijau, bersih mesra dan selamat boleh diwujudkan untuk
kesejahteraan rakyat jelata.
Akhir kata, selamat maju jaya kepada semua.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment