ADUN DAP STULANG,
JOHOR : GESA KERAJAAN TEMPATAN (MBJB) JANGAN NAIKKAN CUKAI HARTA
Para penduduk di Johor
Bahru terutamanya di bawah pentadbiran MBJB telah menerima notis nilaian baru bagi rumah
mereka. Rata-rata, cukai yang dikenakan
telah dinaikkan kerana taksiran nilai rumah telah meningkat. Sesetengah
kenaikan yang dialami adalah melebihi 50% dan ada yang mencecah sehingga sekali
ganda.
ADUN DAP Stulang,
Andrew Chen Kah Eng telah meninjau masalah mereka dan menyeru Exco Kerajaan
Tempatan dan Perumahan serta MBJB agar mengaji balik tindakan MBJB.
Para penduduk
terpaksa nenanggung cukai harta yang lebih. Walaupun nilai harta rumah telah
naik, tetapi para penduduk berasa tertekan dengan kenaikan mendadak teresebut
terutamanya mereka yang tidak menjual rumah mereka. Walaupun harga rumah sudah
naik, tetapi jika mereka jual rumah mereka, ke manakah mereka mahu duduk?
Para penduduk berasa
gelisah dan tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kenaikan
cukai harta ini boleh diibaratkan sebagai menaruh garam pada luka kerana harga
barang pasaran sudah naik melambung, lebih-lebih lagi kerajaan akan
melaksanakan system cukai GST pada tahun 2015.
Para penduduk
berharap MBJB boleh bersikap lebih fleksibel dalam kes ini dengan mengurangkan
kadar cukai. Sekiranya nilai taksiran menigkat, tetapi kadar diturunkan dengan
sewarjarnya, maka cukai harta mereka akan dikekalkan pada jumlah yang sama atau
kenaikan yang tidak terlalu mendadak.
Contohnya, kadar
cukai yang ditetapkan pada 2013 adalah 0.13%. Jika kadar cukai pada 2014
dikurangkan kepada 0.08% atau lebih rendah, maka jumlah cukai yang dikenakan (nilai harta darab dengan kadar cukar) akan
tidak akan mengalami kenaikan yang terlalu mendadak walaupun taksiran nilai
adalah lebih tinggi.
Contoh 1 :
Nilaian sekarang : RM183,000 Kadar cukai :
0.13%
Maka cukai yang
dikenakan adalah : RM237.90
Nilaian baru : RM303,000 Kadar cukai : 0.12%
Maka cukai yang
dikenakan adalah : RM363.90
Sekiranya :
Nilaian baru : RM303,000 Kadar cukai : 0.08%
Maka cukai yang
dikenakan adalah : RM242.40
Contoh 2 :
Nilaian sekarang : RM173,000 Kadar cukai :
0.13%
Maka cukai yang
dikenakan adalah : RM224.90
Nilaian baru : RM411,000 Kadar cukai : 0.12%
Maka cukai yang
dikenakan adalah : RM493.20
Sekiranya :
Nilaian baru : RM411,000 Kadar cukai : 0.08%
Maka cukai yang
dikenakan adalah : RM328.80
Berlandaskan contoh-contoh
di atas, cukai harta yang dikenakan akan dikekalkan di paras yang boleh
diterima atau kenaikan tidak terlalu mendadak.
Oleh kerana, banyak
taman perumahan di sekitar Johor Bahru merupakan Tmn lama. Banyak infrastruktur
seperti jalan, lampu dan longkang telah rosak. Adakah kerajaan akan menaiktaraf
taman mereka dengan lebihan kutipan cukai harta? Sekiranaya tidak ada
pembangunan atau rancangan yang konkrit, maka kenaikan cukai tersebut adalah
tidak adil.
Adakah pihak berkuasa tempatan akan meningkatkan taraf perkhidmatan mereka dalam pengurusan sampah di taman-taman agar taraf kebersihan boleh diperbaiki? Sekiranya paras perkhidmatan dalam pengurusan sisa pepejal tidak mencapai taraf yang memuaskan, maka pihak kerajaan tempatan sebenarnya tidak berhak untuk mengutip cukai harta yang lebih.
Selain itu, kadar
cukai bagi premise perdagangan telah dinaikkan dari 0.26% ke 0.27%.
Selain itu, menurut
lapoan kewangana MBJB 2012, didapati terdapat lebihan pendapatan pada tahun 2012
dan 2011 iaitu sebanyak RM27,053,160 dan RM14,672,777 masing-masing.
MBJB sebenarnya
belum berada dalam keadaan terdesak lagi untuk menambah pendapatan. Mengapakah
mahu membebankan rakyat dengan cukai dalam lingkungan sekali ganda?
Adun Stulang, Andrew
Chen Kah Eng juga mencadangkan agar PBT mengambil langkah yang lebih berkesan dan
bijak untuk mengutip balik cukai harta tertunggak. Mengutip balik cukai
tertunggak yang banyak juga boleh menambah pendapatan PBT tanpa menjadikan
penduduk yang tidak berdosa sebagai mangsa. Untuk pengetahuan umum, cukai harta
tertunggak bagi MBJB adalah seperti berikut : RM55.21 juta (2012), RM63.67 juta
(2011), RM60.91 juta (2010) dan RM58.88 juta (2009).
ADUN STULANG dan
para penduduk meminta agar kadar dikurangkan terus dan automatik tanpa memerlukan
surat rayuan supaya masa pentadbiran tidak akan disia-siakan.