Wednesday, August 6, 2014

Menyeru Perdana Menteri Batalkan Kenaikan Tol di CIQ, Johor Bahru



Menyeru Perdana Menteri Batalkan Kenaikan Tol di CIQ, Johor Bahru

Kenyataan akhbar oleh :

Andrew Chen Kah Eng (Stulang), Cheo Yee How (Pengkalan Rinting) ,Liow Cai Tung (Johor Jaya)

30/07/2014 Johor Bahru



Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan kadar tol baru di CIQ, Johor Bahru pada 25/07/2014 dan kadar tol baru ini akan dikuatkuasa pada 01/08/2014. Satu pengumuman yang amat mengejutkan.



Kami berasa kerajaan patut menimbang semula keputusan tersebut dan kami meminta agar Perdana Menteri kita akan membatalkan kenaikan to di CIQ dengan serta merta sebelum 01/08/2014.

Untuk ini, kami telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Y.B. Datuk Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya dan Y.Bhg.  dan Dato' IR Hj. Ismail bin Md. Salleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia

kami menyeru agar perlakasanaan kadar tol baru di CIQ Johor Bahru dibatalkan. Seruan ini dibuat atas sebab-sebab berikut: 

1.     Kenaikan tersebut terlalu terkejut dan rakyat tidak boleh terima kenaikan ini. Ini juga melibatkan emosi rakyat yang akan memberi impak negatif kepada kerajaan. Rata-rata rakyat merasakan kenaikan kadar tol ini amat membebankan.

2.     Kadar kenaikan terlalu tinggi. Kadar tol baru arah masuk Malaysia, kenderaan yang dibahagikan antara lima kelas iaitu kereta persendirian, teksi, bas dan sebagainya ialah RM9.70; RM14.70; RM19.70, RM4.80 dan RM7.80. Manakala kadar tol arah keluar pula mengikut kelas masing-masing adalah RM6.80; RM10.20; RM13.60; RM3.40 dan RM5.50. Kadar lama sejak Januari 2011 bagi arah masuk dan keluar adalah bagi kenderaan ialah RM2.90; RM4.50, RM6.10, RM1.40 dan RM2.30.

3.     Kutipan toll di CIQ untuk tujuan pampasan atau penyelenggaran EDL (Eastern Dispersal Link) adalah tidak adil kerana mereka yang tidak mengguna pakai EDL juga terpaksa menanggung tol di CIQ. Manakala mereka yang menggunakan EDL tetapi tidak masuk ke CIQ dan keluar ke singapura tidak perlu membayar sebarang tol.

4.  Kenaikan tol yang dahsyat ini akan  mempengaruhi pertumbuhan ekonomi di Johor bahru di mana reaksi berantai ekonomi yang ditimbulkan akan member kesan negative kepada ekonomi. Ia akan memberi kesan dari segi kuasa beli rakyat, kos perniagaan menjadi tinggi dan inflasi yang akan membantutkan ekonomi. Sektor hartanah, pelancongan, makanan, perniagaan runcit dan sebagainya akan dipengaruhi.

5.     Amat membebankan rakyat Malaysia yang berulang-alik dari Singapura setiap hari. Mereka yang berkerja di Singapura dan balik setiap hari mungkin akan memilih untuk tinggal di Singapura untuk mengeakkan pembayaran tol. Ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada Malaysia kerana lagi ramai rakyat Malaysia pada akhirnya akan memilih untuk tidak balik ke Malaysia.

6.     Sebarang implementasi dasar di sekeliling sempadan Malaysia-Singapura bukan hanya merupakan politik dalaman. Ia melibatkan politik antarabangsa yang sensitive di mana ia perlu dikaji dengan terperinci dan berhati-hati. Isu ini melibatkan perhubungan antarabangsa kita dengan Singapura dan tidak seharusnya dilaksanakan secara terburu-buru.

7.     Kenaikan kadar ini tidak munasabah, kerana selama lebih kurang 20 tahun, PLUS telah mengutip tol sebanyak RM 2.90, dengan tanpa pembinaan yang berkenaan. PLUS perlu bertanggung jawab terhadap pembinaan laluan/jalan yang menyambungkan Lebuhraya Utara Selatan dengan CIQ.

8.     Kenaikan kadar tol ini akan memperangsangkan kenaikan harga tol di sebelah Singapura.Mengikut pengumuman pihak Singapura jika tol di sebelah Malaysia naik, pihak Singapura juga akan naikkan harga tol.

Oleh kerana maklum balas negative daripada rakyat, maka kami menyeru agar perkara ini dibawa balik ke kabinet untuk diperhalusi.

Untuk menyelesaikan masalah pampasan dan penyelenggaraan EDL, kami berpendapat bahawa kenaikan tol di CIQ bukan merupakan jalan penyelesaian tunggal yang terpaksa dilaksanakan. Kami percaya bahawa pasti ada jalan penyelesaian yang lebih matang demi kebaikan rakyat.

Kami menyeru agar Perdana Menteri boleh memberi arahan dengan cepat dan jelas agar membatalkan kenaikan cukai tol ini sebelum 01/08/2014. Kita tidak mahu melihat kenaikan kutipan tol ini dilaksanakan dalam keadaan yang terburu-buru dan diselubungi dengan bantahan rakyat.



Selain itu, kami juga melancarkan Kempen Twitter kepada Perdana Menteri kita, di mana seruan dibuat agar rakyat menghantar mesej Twitter terus kepada beliau agar beliau mengambil tindakan untuk membatalkan cadangan kenaikan tol tersebut.



Masa sudah begitu suntuk. Kita hanya mempunyai dua hari lagi. Dengan ini, kami memyeru agar rakyat memberi maklum balas kepada Perdana Menteri kita melalui “Ombak Twitter” yang dilancarkan ini agar kenaikan ini dapat dielakkan.



 Mesej Twitter adalah :

@NajibRazak Batalkan Segera Kenaikan Kadar Tol di CIQ, JB. #CIQTOLHIKE

Daripada :

Andrew Chen Kah Eng (Stulang)

Cheo Yee How (Pengkalan Rinting)

Liow Cai Tung (Johor Jaya)













No comments:

Post a Comment