Friday, June 4, 2021

kanak-kanak 12 tahun ke atas harus dimasukkan ke dalam program vaksinasi.

 Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID (JKJAV) pada 18 Februari 2021, pendekatan kerajaan untuk dasar vaksinasi Covid-19 negara kita adalah “memastikan sekurang-kurangnya 80% populasi dewasa mendapat vaksin menjelang Februari 2022 ”.


Dasar ini ditetapkan pada saat dunia tidak mempunyai data yang mencukupi mengenai keselamatan vaksin kepada kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun. Namun, sekarang, lebih banyak maklumat telah dikeluarkan dan banyak negara juga mula memberi vaksin kepada kanak-kanak berusia di antara 12 hingga 17.


Daripada hanya meminta ibu bapa agar lebih bertanggungjawab untuk melindungi anak-anak mereka, kami ingin mengesyorkan JKJAV untuk mengkaji semula dasar agar membuka peluang kepada anak-anak berusia di antara 12 hingga 17 tahun untuk dimasukkan ke dalam program vaksinasi kerana tiga sebab utama:


Pertama, setakat 31 Mei, sejumlah 82.341 kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun telah dijiangkiti Covid-19. Daripada jumlah itu, seramai 27,402 adalah kanak-kanak berumur di antara 13 hingga 17 tahun. Walaupun pada ketika ini tiada kanak-kanak yang perlu mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi, tetapi kita tidak dapat meramalkan bagaimana virus akan bermutasi, atau bilakah virus itu akan membawa maut bagi komuniti termuda negara kita. Sekiranya sudah terbukti selamat untuk kanak-kanak menerima vaksin, kita mesti melakukannya.


Seterusnya, di sekolah, ‘populasi’ besar merupakan pelajar. Walaupun kita tidak tahu bila sekolah akan dibuka semula, tetapi kita tahu bahawa sekolah pasti akan dibuka semula pada suatu hari nanti, dan kita harus memastikan sekolah-sekolah menjadi tempat yang selamat. Mengharapkan guru-guru yang telah menerima vaksin dapat melindungi anak-anak adalah tidak realistik. Sekiranya cukup pelajar telah menerima vaksin, sekolah itu mungkin akan mempunyai imuniti kelompok mereka sendiri. Oleh itu, jika sudah terbukti selamat untuk menvaksinasi kanak-kanak, kita mesti melakukannya.


Di samping itu, untuk mencapai imuniti kelompok nasional, kita mesti memberi vaksin kepada sebanyak mungkin individu. Sekiranya sudah terbukti selamat untuk menvaksinasi anak-anak, kita mesti melakukannya.


Kami mengakui bahawa terdapat kekurangan bekalan vaksin di banyak negara di seluruh dunia dan mendapatkan bekalan yang mencukupi merupakan cabaran yang perlu diselesaikan oleh JKJAV. Yang nyata program vaksinasi yang berkesan tidak dapat dilaksanakan jika kita tidak mempunyai vaksin yang mencukupi.

No comments:

Post a Comment