SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI 15 OGOS HINGGA 22 OGOS 2013
Megenai projek-projek naik taraf sistem peparitan
Y.B. ENCIK CHEN KAH
ENG (STULANG)
SOALAN B26
Senaraikan projek-projek naik taraf sistem peparitan serta
kos projek yang telah dilaksanakan dan yang
akan dijalankan di DUN Stulang dari
tahun 2010 sehingga 2014.
JAWAPAN
Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Bandaraya Johor Bahru
(MBJB) amat komited dalam mengurus, merancang dan melaksanakan kerja-kerja
menaiktaraf system perparitan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen, ADUN, Ahli
Majlis dan orang awam.
Bagi Zon Stulang ianya meliputi 6 Taman Perumahan, 3 Kawasan
Kampung dan kawasan perumahan yang terdiri di kawasan Bukit Cagar, Kawasan Bayu
Puteri, kawasan Wadihana serta Kg. Bakar BAtu, Kg. Setanggi dan Kg. Dato
Suleiman Menteri. Manakala taman-taman perumahan terdiri daripada Taman Sri
Tebrau, Taman Pelangi, Taman Maju Jaya, Taman Seri Setia, Taman Sentosa dan
Taman Sri Pelangi.
Kawasan-kawasan ini merupakan kawasan perumahan lama yang
berusia melebihi 20tahun serta 40% daripada system perparitan adalah system
perparitan lama. Di dalam kawasan ini terdapat 3 batang sungai yang terdiri
daripada Sg. Seranggong (Di dalam Kawasan Istana Pasir Pelangi), Sg. Stulang
(melalui sebahagian kawasan Taman Pelangi) dan Sg. Sengkuang (Kawasan Taman
Sentosa).
Tindakan berkala pada tahun 2010-2013 yang dilaksanakan oleh
pihak Majlis MBJB dalam memastikan pengurusan system perparitan yang berkesan
adalah melibatkan kerja-kerja menaiktaraf system pemparitan dengan kos projek
mengunakan peruntukan Majlis, perunutukan daripada Kementerian Perumahan Dan
Kerajaan Tempatan (KPKT) serta peruntukan MARRIS iaitu kos keseluruhan
berjumlah RM4.5 Juta. Manakala bagi
tahun 2013, projek-projek menaiktaraf system perparitan khususnya Zon Stulang
sedang giat dilaksanakan di tapak dengan peruntukan berjumlah RM3.6 Juta. Jumlah
Keseluruhan perunutukan yang telah dibelanjakan sejak tahun 2010 hingga
kiniberjumlah RM8.1 Juta.
Selanjutnya, MBJB telah merangka program untuk Projek
Menaiktaraf Sistem Perparitan bagi Tahun 2014 di kawasan Zn Stulang dengan
anggaran peruntukan sejumlah RM5.5Juta khususnya Program Menaiktaraf Sistem
Perparitan di Jalan Stulang Darat, di mana Kerajaan Negeri telah meluluskan
peruntukan bagi membiayai projek pada Julai 2014. Pihak Majlis dalam peringkat
melantik perunding untuk merekabentuk serta perincian pelan tender. Tender
Dijangka dikeluarkan pada November 2013. Selain itu, Kerja-kerja menaiktaraf
Sistem perparitan di Jalan Bentara Luar, Taman Iskandar, Johor bahru dan
Cadangan Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Perparitan di Jalan Indaahpura, Johor
Bahru dalam peringkat semakan dokumen sebutharga dan akan dikeluarkan pada
Oktober 2013.
Untuk makluman, masalah perparitan dan banjir kilat di Kg.
Tok Siak, Kg. Setanggi telah dapat dikawal sejak pemaju Southkey Development
meyiapkan kolam takungan banjir pada akhir 2012 yang merupakan sebahagian daripada
syarat-syarat Kebenaran Merancang MBJB. Semakan rekod Majlis sejak kolam
takungan disiapkan mendapati masalah banjir dapat dikawal.
Petikan akhbar mengenai masalah banjir yang merunsingkan para penduduk di Taman Iskandar, Johor Bahru.