Wednesday, September 18, 2013

Projek-projek naik taraf sistem peparitan serta kos projek yang telah dilaksanakan dan yang akan dijalankan di DUN Stulang dari tahun 2010 sehingga 2014



SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13

MULAI 15 OGOS HINGGA 22 OGOS 2013

Megenai projek-projek naik taraf sistem peparitan




Y.B. ENCIK CHEN KAH ENG (STULANG)

SOALAN B26


Senaraikan projek-projek naik taraf sistem peparitan serta kos projek yang telah dilaksanakan dan yang
akan dijalankan di DUN Stulang dari tahun 2010 sehingga 2014.


JAWAPAN

Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) amat komited dalam mengurus, merancang dan melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf system perparitan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen, ADUN, Ahli Majlis dan orang awam.


Bagi Zon Stulang ianya meliputi 6 Taman Perumahan, 3 Kawasan Kampung dan kawasan perumahan yang terdiri di kawasan Bukit Cagar, Kawasan Bayu Puteri, kawasan Wadihana serta Kg. Bakar BAtu, Kg. Setanggi dan Kg. Dato Suleiman Menteri. Manakala taman-taman perumahan terdiri daripada Taman Sri Tebrau, Taman Pelangi, Taman Maju Jaya, Taman Seri Setia, Taman Sentosa dan Taman Sri Pelangi.


Kawasan-kawasan ini merupakan kawasan perumahan lama yang berusia melebihi 20tahun serta 40% daripada system perparitan adalah system perparitan lama. Di dalam kawasan ini terdapat 3 batang sungai yang terdiri daripada Sg. Seranggong (Di dalam Kawasan Istana Pasir Pelangi), Sg. Stulang (melalui sebahagian kawasan Taman Pelangi) dan Sg. Sengkuang (Kawasan Taman Sentosa).


Tindakan berkala pada tahun 2010-2013 yang dilaksanakan oleh pihak Majlis MBJB dalam memastikan pengurusan system perparitan yang berkesan adalah melibatkan kerja-kerja menaiktaraf system pemparitan dengan kos projek mengunakan peruntukan Majlis, perunutukan daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta peruntukan MARRIS iaitu kos keseluruhan berjumlah RM4.5  Juta. Manakala bagi tahun 2013, projek-projek menaiktaraf system perparitan khususnya Zon Stulang sedang giat dilaksanakan di tapak dengan peruntukan berjumlah RM3.6 Juta. Jumlah Keseluruhan perunutukan yang telah dibelanjakan sejak tahun 2010 hingga kiniberjumlah RM8.1 Juta.


Selanjutnya, MBJB telah merangka program untuk Projek Menaiktaraf Sistem Perparitan bagi Tahun 2014 di kawasan Zn Stulang dengan anggaran peruntukan sejumlah RM5.5Juta khususnya Program Menaiktaraf Sistem Perparitan di Jalan Stulang Darat, di mana Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan bagi membiayai projek pada Julai 2014. Pihak Majlis dalam peringkat melantik perunding untuk merekabentuk serta perincian pelan tender. Tender Dijangka dikeluarkan pada November 2013. Selain itu, Kerja-kerja menaiktaraf Sistem perparitan di Jalan Bentara Luar, Taman Iskandar, Johor bahru dan Cadangan Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Perparitan di Jalan Indaahpura, Johor Bahru dalam peringkat semakan dokumen sebutharga dan akan dikeluarkan pada Oktober 2013.


Untuk makluman, masalah perparitan dan banjir kilat di Kg. Tok Siak, Kg. Setanggi telah dapat dikawal sejak pemaju Southkey Development meyiapkan kolam takungan banjir pada akhir 2012 yang merupakan sebahagian daripada syarat-syarat Kebenaran Merancang MBJB. Semakan rekod Majlis sejak kolam takungan disiapkan mendapati masalah banjir dapat dikawal.



 Petikan akhbar mengenai masalah banjir yang merunsingkan para penduduk di Taman Iskandar, Johor Bahru.



No comments:

Post a Comment