Thursday, September 12, 2013

Petikan dan ulasan ucapan perbahasan ADUN Stulang, Andrew Chen Kah Eng mengenai pemasangan CCTV untuk mengawal kadar jenayah.


Petikan dan ulasan ucapan perbahasan ADUN Stulang, Andrew Chen Kah Eng mengenai pemasangan CCTV untuk mengawal kadar jenayah.


 



Lebih banyak CCTV atau dikenali sebagai “surveillance camera” patut dipasang di kawasan bandar atau kawasan yang kerap berlakunya jenaya. Ini sebagai salah satu langkah untuk menolong pihak polis menurunkan kadar dan menyelesaikan kes jenayah. Tanggungjawab pengawalan jenayah bukan sekadar bergantung kepada pihak polis sahaja, tetapi juga bergantung kepada teknologi dan infrasrtruktur yang lebih canggih.  



Selain itu, Kamera yang dipasang mesti dipastikan ia berkualiti, jelas, betul-betul berfungsi dan dipantau dari semasa ke semasa supaya maklumat yang diperlukan dapat dicapai apabila memerlukan. Dengan kata lain, kamera litar ini akan membekalkan maklumat yang penting dalam siasatan kes jenayah.



Menurut kajian dari Northeastern University dan University of Cambridge mengenai "Public Area CCTV and Crime Prevention, didapati

1.         CCTV didapati paling berkesan di kawasan letak kereta di mana ia mampu mengurangkan jenayah sebanyak 51%

2.         Jika dipasang di tempat pengangkutan awam, didapati  pengurangan jenayah yang boleh dicapai adalah sebanyak 23%

3.         Jika dipasang di kawasan awam, pengurangan jenayah adalah 7%


Selain CCTV berfungsi sebagai pembekal maklumat, sistem ini juga berperanan menakutkan para penjenayah yang ingin melakukan kegiatan jenayah kerana mereka tahu mereka sedang diperhatikan dan sukar melarikan diri apabila maklumat mereka sudah dirakam oleh sistem kamera.


Jenayah merupakan satu gejala yang amat serius di Johor Bahru. Ia telah menggugat keselamatan baik orang tempatan bahkan juga orang asing. Kerajaan kita mestilah orang asing mempunyai  imej positif  mengenai keselamatan Johor Bahru kerana JB merupakan ibu kota Johor dan juga sebahagian daripada Koridor Iskandar.



Orang asing akan berasa lebih selamat apabila mengunjungi Malaysia dan Johor sekiranya keselamatan Johor dikawal dengan berkesan. Jika mereka rela berada di Johor lebih lama, maka mereka pasti akan berbelanja lebih dan ini akan menjadikan perniagaan di sekitar Johor Bahru lebih baik. Kita juga mendengar banyak keluhan bahawa orang ramai takut keluar dari rumah dan ini serba sedikit telah menjejaskan perniagaan runcit di sekitar Johor Bahru



Berikut adalah soalan yang ditanya mengenai CCTV pada persidanagn dewan negeri Johor pada Ogos 2013



SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13





Y.B. ENCIK CHEN KAH ENG (STULANG)



SOALAN B25

Senaraikan kos dan bilangan tempat telah di pasang CCTV oleh MBJB di sekitar Bandaraya Johor Bahru sejak 2008 sehingga Julai 2013 dan adakah projek CCTV ini masih berfungsi dan akan diteruskan?



JAWAPAN




Bagi menjamin keselamatan warga kota dan menyokong Program Bandar Selamat. Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengambil inisiatif memasang 18 unitCCTV didalam kawasan pentadbiran Majlis mulai tahun 2005 sehingga tahun 2013. Pada tahun 2013, pihak Majlis dalam proses untuk menaiktaraf system CCTV bagi mendapatkan teknologi terkini dengan mutu paparan gambar yang lebih baik. Pemasangan CCTV MBJB di sekitar bandaraya Johor Bahru yang terbaru dilaksanakansecara sewaan selama tiga (3) tahun bermula Jun 2013 sehingga Jun 2016.



Pada masa ini, pihak Majlis masih di dalam peringkat pemasangan bermula  3hb Jun 2013 sehingga 31hb September 2013 dengan kos sebanyak RM2, 528,940.00. Lokasi pemasangan CCTV MBJB tertumpu di kawasan tumpuan orang awam dan kawasan berisiko tinggi.



Lokasi pemasangan 18 unit CCTV MBJB adalah sebagaimana berikut :- 
1.  Jalan Segget (Bangunan MIC)

2.      Plaza Seni, Jalan Wong Ah Fook

3.      KM 0, Hadapan Majlis Bandaraya Johor Bahru;

4.      Jalan Persiaran Abu BAkar Sultan (Taska Nuri);

5.      Hadapan Holiday Plaza, Jalan Dato’ Sulaiman;

6.      Jalan Kempas Spur / Jalan Kempas Lama;

7.      Jalan Sutera, Taman Sentosa;

8.      Jalan Tampoi (Hadapan Plaza Angsana);

9.      Jalan Meldrum/ Jalan Siu Nam;

10.  Jalan Kangkar Tebrau (Hadapan Pasar Borong Pandan);

11.  Jalan Tebrau (Hadapan Wisma Daiman);

12.  Jalan Tebrau/ Jalan Rebung;

13.  Menara Selesa (Metropolis Tower);

14.  Jalan Trus/ Jalan Ungku Puan;

15.  Jalan Susur 4/ Jalan Tun Abdul Razak;

16.  Jalan Skudai/ Jalan Kempas Lama;

17.  Lingkaran Dalam/ Stulang Darat;

18.  Hadapan Dataran MBJB.


Pemantauan CCTV dilaksanakan di Bilik Kawalan CCTV MBJB dan Bilik Kawalan Polis Johor. Anatara skop pemantauana adalah pemantauan mencegah jenayah melalui pemantauan dan respon situasi, pemantauan keselamatan fasiliti awam dan institusikewangan, pemantauan aliran trafik, mencegah aktiviti kutu rayau, pengemis, penjaja haram, vandalism, pemantauan keberkesanan system lampu isyarat (SCATS) dan pemantauan bencana alam serta banjir kilat. Pemamsangan Sistem CCTV ini telah membanty pihak Polis dan MBJB dalam menurunkan kadar jenayah serta mewujudkan suasana selamat di kawasan sekitar. Secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi Johor Bahru melalui kepercayaan pelabur-pelabur untuk membuat pelaburan di kawasan yang selamat.

~~Tamat~~

Selain itu, adalah dicadangkan lebih banyak CCTV dipasang di tempat kawasan perumhan dan bukan hanya memasang di kawasan yang sibuk sahaja. Ini adalah kerana kawasan taman perumhan merupakan tempat di mana penduduk akan menjadi mangsa kerana kawasan tersebut agak sunyi pada waktu malam. 

Para penduduk berasa takut apabila mereka balik ke rumah selepas kerja pada waktu malam.


Keratan akhbar atas menunjukkan para penduduk di Taman Abad, Johor Bahru yang perihatin terhadap keselamatam taman mereka.

No comments:

Post a Comment