Thursday, October 3, 2013

Janjian pampasan atau pakej perpindahan ditawarkan kepada penduduk setinggan di Kampung Hajah Hasnah, Johor Bahru



SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI 15 OGOS HINGGA 22 OGOS 2013

Y.B. ENCIK CHEN KAH ENG (STULANG)

SOALAN B29

Apakah janjian pampasan atau pakej perpindahan secara terperinci yang ditawarkan kepada penduduk setinggan di Kampung Hajah Hasnah, Johor Bahru apabila mereka diarahkan berpindah ke rumah mampu milik kerajaan atau ke tempat yang ditawarkan?




JAWAPAN

Penduduk setinggan di Kg Hajah Hasnah, Johor Bahru yng terlbat dengan projek pembinaan lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) dan mereka layak ditawarkan penempatan semula ke rumah pangsa kos sederhana rendah kerajaan, akan dibayar saguhati perindahan sebanyak RM1,000.00 bagi setiap keluarga. Bayaran saguhati ini diberikan apabila mereka berpindah masuk ke penempatan semula yang disediakan.
Harga rumah pangsa kos sederhana rendah dengan keluasan 850 kaki persegi yang ditawarkan kepada penduduk terlibat sekiranya mereka bekas pemegang TOL adalah RM35,000.00 seunit dan jika penyewa pada harga RM50,000.00 seunit.

No comments:

Post a Comment