Thursday, October 3, 2013

Peruntukan dan perbelanjaan untuk naik taraf dan penyelenggaraan rumah pangsa di Stulang Laut



SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI)
PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI 15 OGOS HINGGA 22 OGOS 2013

Y.B. ENCIK CHEN KAH ENG (STULANG)
SOALAN B28

Senaraikan peruntukan yang telah dibelanjakan dan yang akan diberikan (dari tahun 2008 ke 2014) kepada rumah pangsa di Stulang Laut, Johor Bahru untuk tujuan naik taraf atau penyelenggaraan memandangkan banyak kemudahan infrastruktur sudah usang.



JAWAPAN

Senarai perbelanjaan bagi 26 Blok Rumah pangsa di Stulang Laut sepanjang 2018 hingga 2013 dan anggaran 2014 adalah sebagaimana berikut:-

Bagi tahun 2008 perbelanjaan penyelenggaraan adalah sebanyak RM210,000.00 dengan melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan sebanyak Rm174,000.00 serta penyelengraan air kumbahan sebanyak RM36,000.00

Sepanjang tahun 2009 sebanyak RM174,000.00 telah dibelanjakan atas kerja-kerja pembersihan kawasan sahaja.

Bagi tahun 2010 pula, kerja-kerja pembersihan kawasan adalah sebanyak RM174,504.00 dan penyelengraran air kumbhan sebanyak Rm36,000.00dimana perbelanjaan keseluruhan 2010 adalah RM210,504.00.

Jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi tahun 2011 adalah sebanyak RM211,420.00 melibatkan kerja-kerj pembersihan kawasan Rm175,420.00 dan penyelengaraan air kumbahan sebanyak Rm36,000.00
Bagi tahun 2012 kerja-kerja pembersihan kawasan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM180,000.00. Melalui peruntukan pembangunan kerja-kerja mengecat di blok 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25 & 26 dilaksanakan melalui sebutharga melibatkan perbelanjaan sebanyak Rm458,700.00 dan kerja-kerja penyengggaraan air kumbahan pula berjumlah RM36,000.00. Jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi tahun 2012 adalah sebanyak RM674,700.00

Sehingga tahun 2013 bahagian perumahan telah memperuntukan kerja-kerja pembersihan kawasan sebanyak RM180,000.00 Kerja-kerja mengecat bagi Blok 9, 10, 11, 12 & 13 diperuntukkan sebanyak Rm200,000.00 melalui proses sebutharga. Bagi kerja-kerja penyelenggraan air Kumbahan sebanyak RM36,000.00 dan sehingga 31.07.2013 sebanyak RM122,900.00 telah dibelanjakanbagi kerja-kerja membaiki kerokan letrik dan bumbung. Sebanyak Rm538,900.00 telah dibelanjakan setakat 31.07.2013.
PERBELANJAAN DARI TAHUN 2008 SEHINGGA 31.07.2013 ADALAH SEBANYAK RM2,019,524.00

Anggaran perbelanjaan yang telah dirancang bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM456,000.00 bagi kerja-kerja sebagaimana berikut:
PEMBERSIHAN KAWASAN SEBANYAK RM180,000.00
MENGECAT BLOK 4,5,6, 7 & 8 SEBANYAK RM200,000.00
PENYELENGARAAN AIR RAWATAN KUMBAHAN RM36,000.00
MEMBAIKI KEROSAKANELEKTRIK (BLACK BOX0 RM40,000.00

No comments:

Post a Comment