Berikut merupakan jawapan yang diberikan pada Persidangan Dewan Negeri Johor Feb2014 mengenai laluan basikal di Johor Bahru.
Memandangkan pentingnya menwujudkan laluan basikal di Johor Bahru, maka soalan berikut telah ditujukan kepada Menteri Besar.
Soalan:
Apakah usaha dan cadanagan
secara khusus yang telah atau yang akan dilaksanakan untuk mewujudkan lebih
laluan basikal di Johor seperti yang telah disarankan dalam ucapan budjet 2014
Menteri Besar?
Wednesday, February 26, 2014
Monday, February 24, 2014
Nilaian Baru Cukai Harta MBJB
Berkenaan dengan perkara di atas, saya selaku ADUN Stulang berserta dengan ADUN Parit Yaani, YB Aminolhuda Hassan dan ADUN Bukit Batu, YB Jimmy Puah Wee Tse ada bersama dengan para penduduk di pejabat MBJB semasa sesi pendegaran bantahan ke atas penilaian semula bagi harta pada 19-02-2014.
Terdapat rungutan bahawa, ada penduduk dinasihatkan untuk membayar cukai harta dalam bil tuntutan yang dikirimkan kepada para penduduk dahulu dan bayaran lebihan akan ditolak kemudian setelah proses penilaian semula siap dijalankan.
Sidang Media oleh YB Parit Yanni, YB Bukit Batu dan YB Stulang
Kami selaku Jawatankuasa Bertindak Cukai Harta Johor Pakatan Rakyat berasa kesal dengan keputusan tersebut. Kami menyeru agar :
1.Bayaran cukai ditangguhkan setelah proses bantahan telah siap diproses. Bayaran hanya boleh dituntut daripada para penduduk setelah senarai nilaian baru yang berpatutan dan bil tuntutan yang baru dikeluarkan.
2. Tangguhan bayaran ini tidak boleh diibaratkan sebagai pembayaran lewat dan sebarang denda bayaran lewat adalah tidak dibenarkan sama sekali.
3. Untuk mengelakkan kekeliruan, pihak majlis seharusnya membuat satu kenyataan umum bahawa proses penilaian semula masih dijalankan. Justeru itu, bayaran akan ditangguhkan sehingga proses bantahan dan penilaian semula siap dijalankan.
Para penduduk berasa takut kerana apabila mereka membuat bayaran dahulu, maka mereka akan dianggap telah menerima nilai cukai yang dicadangkan oelh pihak majlis dan sebarang aduan tidak akan dilayan nanti.
Andrew Chen Kah Eng

Surat Bantahan kepada MBJB
Rumah RM305,000 dinilai dengan nilai RM21,554,000. Cukai yang baru adalah sebanyak RM25,864.00. Cukup dahsyat.
Andrew Chen Kah Eng
Tuesday, February 11, 2014
IKLAN PREMIS KANVAS Johor Bahru
IKLAN PREMIS KANVAS
Sejak kebelakangan ini, para peniaga
di Johor Bahru khususnya di bawa pentadbiran MBJB telah menerima surat untuk
menurunkan iklan premis kanvas mereka. Mereka juga diarahkan untuk menukar
papan iklan yang berukuran 20’ x 4’
kerana kononnya iklan yang melebihi ukuran tersebut adalah menyalahi
undang-undang.
Pada tahun 2005, demo berkenaan
dengan iklan kanvas telah dilakukan dengan kehadiran pihak majlis dan juga
pihak Bomba. Hasil daripada demo tersebut, adalah didapati iklan kanvas yang
melebihi ukuran 20’ x 4’ adalah selamat dan boleh digunapakai. Pihak bomba juga
tidak akan menemui masalah apabila berlakunya kebakaran kerana iklan kanvas
boleh dipotong dengan senang dengan pisau pejabat sahaja.
Ekoran daripada itu, Panduan Pemasangan
Papan iklan Kanvas telah dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat pada
tahun 2005. Para peniaga yang mematuhi panduan tersebut tidak akan menghadapi
masalah kelulusan daripada pihak majlis .
Kekeliruan telah timbul apabila
merekan yang mematuhi panduan tersebut diarahkan untuk turunkan iklan mereka.
Persoalannya, adakah Panduan Pemasangan Papan iklan Kanvas telah dikeluarkan oleh Jabatan
Bomba dan Penyelamat pada tahun 2005 masih boleh diterima dalam memberikan
kelulusan papan iklan kanvas? Pada pendapat saya, panduan ini seharusnya
dibenarkan berterusan kerana ia telah mendapat sokongan dari pihak Bomba dan
syarikat insuran juga tidak ada sebarang masalah dalam memberikan insuran
“Public Liability” kepada mereka. Maksudnya, syarikat insuran pun rasa ia
selamat.
Keadaan ini telah menimbulkan
kesulitan di kalangan peniaga dan juga pengusaha papan iklan. Mereka terpaksa
menanggung kos yang lebih kerana diminta menukar papan iklan yang masih elok.
Ini merupakan satu pembaziran. Para peniaga baru yang ingin memasang iklan
kanvas pada premis mereka juga serba salah kerana takut disaman walaupun telah
mematuhi panduan pemasangan 2005.
Bagi pihak majlis pula, pihak majlis
juga boleh mengutip hasil yang lebih daripada para peniaga yang memasang iklna
kanvas yang melebihi 20’ x 4’ dan mematuhi panduang pemasangan. Ini adalah
kerana cukai iklan adalah berlandaskan saiz ukuran. Lagi besar, lagi banyak
hasil.
Selain itu, iklan yang besar dan
cantik juga yang lebih mampu menyampaikan mesej kepada para pengunjung. Ini
juga merupakan satu langkah untuk menggerakkan ekonomi Johor Bahru.
Berikutmerupakan jawapan yang diberikan oleh exco kerajaan tempatan Johor berkenaan dengan isu tersebut ;
Andrew Chen Kah Eng
曾笳恩
Monday, February 10, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)