Monday, February 24, 2014

Nilaian Baru Cukai Harta MBJB

Berkenaan dengan perkara di atas, saya selaku ADUN Stulang berserta dengan ADUN Parit Yaani, YB Aminolhuda Hassan dan ADUN Bukit Batu, YB Jimmy Puah Wee Tse ada bersama dengan para penduduk di pejabat MBJB semasa sesi pendegaran bantahan ke atas penilaian semula bagi harta pada 19-02-2014.

Terdapat rungutan bahawa, ada penduduk dinasihatkan untuk membayar cukai harta dalam bil tuntutan yang dikirimkan kepada para penduduk dahulu dan bayaran lebihan akan ditolak kemudian setelah proses penilaian semula siap dijalankan.




Sidang Media oleh YB Parit Yanni, YB Bukit Batu dan YB Stulang 


Kami selaku Jawatankuasa Bertindak Cukai Harta Johor Pakatan Rakyat berasa kesal dengan keputusan tersebut. Kami menyeru agar :
1.Bayaran cukai ditangguhkan setelah proses bantahan telah siap diproses. Bayaran hanya boleh dituntut daripada para penduduk setelah senarai nilaian baru yang berpatutan dan bil tuntutan yang baru dikeluarkan.
2. Tangguhan bayaran ini tidak boleh diibaratkan sebagai pembayaran lewat dan sebarang denda bayaran lewat adalah tidak dibenarkan sama sekali.
3. Untuk mengelakkan kekeliruan, pihak majlis seharusnya membuat satu kenyataan umum bahawa proses penilaian semula masih dijalankan. Justeru itu, bayaran akan ditangguhkan sehingga proses bantahan dan penilaian semula siap dijalankan.

Para penduduk berasa takut kerana apabila mereka membuat bayaran dahulu, maka mereka akan dianggap telah menerima nilai cukai yang dicadangkan oelh pihak majlis dan sebarang aduan tidak akan dilayan nanti.



Surat Bantahan kepada MBJB


Rumah RM305,000 dinilai dengan nilai RM21,554,000. Cukai yang baru adalah sebanyak RM25,864.00. Cukup dahsyat.



Andrew Chen Kah Eng

No comments:

Post a Comment