Tuesday, May 20, 2014

Wong Ah Fook Mansion Demolished 黄亚福故居被拆


Wong Ah Fook Mansion Demolished 黄亚福故居被拆








1.       Apakah tindakan susulan yang akan diambil oleh Kerajaan Johor terhadap tapak rumah warisan Wong Ah Fook yang telah dirobohkan?  

2.       Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Johor terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam merobohkan rumah warisan Wong Ah Fook secara haram?

3.       Apakah rancangan pembangunan yang bakal dijalankan di tapak tersebut oleh pihak pemaju ? Dalam hal yang sama, apakah perkembangan pelan pembangunan di tapak tersebut, iaitu sama ada rancangan pembangunan tersebut telah diluluskan atau masih dalam pertimbangan?
 
4.       Selain boleh membina balik rumah Wong Ah Fook dengan bahan binaan yang asal, adakah pihak Kerajaan Johor juga mempertimbangkan membina balik rumah tersebut dengan bahan binaan yang baru dan rumah baru yang dibangunkan adalah sebagai replika kepada bangunan lama? Di sini kami ingin tahu apakah pilihan yang dirancangkan oleh pihak Kerajaan Johor.

5.       Apakah tindakan susulan yang akan diambil oleh pihak Kerajaan Johor dalam memantapkan usaha pemeliharaan bangunan dan tapak warisan pada masa depan?

Kami berharap pihak Kerajaan Johor akan memberikan maklum balas dalam masa yang terdekat. Diharapkan maklum balas daripada pihak Kerajaan Johor akan menghapuskan segala kesangsian rakyat terhadap perkembangan perobohan rumah warisan Wong Ah Fook.
1. 柔佛州政府在黄亚福故居拆除后将采取什么后续行动?

2.  柔佛州政府将针对非法拆除黄亚福故居的负责人采取何种行动? 
3.  发展商将在该遗址进行什么发展计划?同样的,在该遗址上的发展规划大蓝图是怎样的?该发展几乎是否已经获得批准还是还在考虑中?

4.  柔佛州政府是否使用相同的建筑材料重建黄亚福故居?还是利用全新的材料重建,以仿造旧有建筑物 (replika) .在此,我们想知道柔佛州政府选择何种计划, 还是有其他选择?

5.  柔佛州政府将在未来的日子采取何种后续行动以加强保留建筑物和文化遗产的行动? 
曾笳恩希望柔佛州政府在近日给予回复。同时也希望柔佛州政府的回复能够消除民间关于黄亚福故居被拆除一事的所有怀疑。




Nilai rumah Wong Ah Fook yang dibina semula tidak akan mempunyai nilai dan makna yang setaraf dengan rumah asal. Walau bagaimanapun, pembinaan semula sekurang-kurangnya dapat mengenang kembali jasa Wong Ah Fook terhadap Johor. Perobohan rumah warisan Wong Ah Fook menunujukkan Kerajaan tidak lagi belajar daripada peristiwa perobohan tapak sejarah Bujang Valley di kedah pada 2013.



No comments:

Post a Comment