DESAK AMBIL ALIH EDL
Kenyataan
Media
Andrew
Chen Kah Eng (Adun Stulang)
12/08/2014
Perkara yang dipertikaikan di sini adalah :
1. Perjanjian
yang ditandatangani di antara kerajaan dan MRCB adalah tidak adil dan
memanfaatkan syarikat persendirian
2. Rakyat
terpaksa menanggung kos atas dasar persendirian kerajaan dengan perjanjian
kerajaan dan MRCB yang tidak adil.
3. Kerajaan
sebenarnya boleh membelanjakan wang yang lebih kurang untuk mengambil alih EDL.
Untuk 30 tahun, sekiranya kerajaan memampas
MRCB dengan RM11 juta sebulan, maka MRCB akan mengutip sebanyak RM3.96 billion.
Sekiranya jumlah pampasan boleh dikaji dan dipertingkatkan setiap 3 tahun, maka
jumlah pampasan yang diberikan akan lagi tinggi.
Mengikut , YB Dato’ Sri Abdul Wahid, kerajaan
tidak mampu mengambil alih EDL keran kos RM1.3 billion adalah terlalu tinggi.
Berlandasakan kiraan pinjaman, sekiranya
kerajaan memilih untuk membayar pengambilan EDL dengan bayaran ansuran 5%
faedah, maka kerajaan setiap bulan hanya perlu membayar sebanyak RM6.979 juta.
Jumlah bayaran adalah sebanyak RM2.51 billion.
**5% digunapakai kerana bond yang dikeluarkan
oleh kerajaan biasanya adalah tidak melebihi 5%
Persoalannya adalah :
1. Mengapa
kerajaan perlu memampas MRCB dengan RM11 juta sekiranya MRCB tidak dibenarkan
untuk mengutip tol?
2. Sebenarnya
kerajaan boleh menyelesaikan masalah pengambilan dengan jumlah wang yang lebih
rendah iaitu sebanyak RM2.51 billion berbanding dengan pampasan yang mencecah
RM3.96 billion. Perbezaan adalah sebanyak RM1.45 billion.
Mengikut laporan, MRCB membelanjakan lebih
kurang RM1 juta setiap bulan untuk penyelengaraan. Untuk makluman, beza bayaran
RM6.979 juta dengan RM11 juta adalah sebanyak RM4.021 juta. Sekiranya RM4.021
juta ditolak dengan RM1 juta untuk penyelenggaraan, maka masih ada lagi beza
RM3 juta setiap bulan.
Kerajaan sepatutnya memberikan keutamaan
peruntukan dalam Rancangan Malaysia ke 11. Mengikut laporan, jumlah peruntukan
Rancangan Malaysia ke 11 adalah sebanyak RM250 billion. Selepas menolak belanja
peruntukan, baki adalah sebanyak RM50billion. Menteri di Jabatan Perdana
Menetri, YB Dato’ Sri Abdul Wahid mengatakan bahawa tiada budjet lagi untuk
mengambil alih EDL kerana RM50 billion itu akan digunakan untuk tujuan lain.
Keutamaan harus diberikan kepada pengambilan
EDL kerana isu ini telah berlarutanm selama 2 tahun. Peruntukan untuk mengambil
alih EDL patut dilaksanakan terlebih dahulu.
Sekiranya bayaran ansuran bulanan adalah
sebanyak RM6.979 juta, maka kerajaan akan menanggung jumlah bayaran sebanyak RM83.748
juta setahun dan RM418.74 juta.
Justeru itu, daripada baki RM50 billion
daripada Rancangan Malaysia ke 11, RM418.74 juta hanya merupakan 0.84%.
Jika kerajaan memilih untuk membayar terus
RM1.3 billion untuk pengambilan EDL, maka ia hanya merupakan 2.6% daripada
jumalah baki RM50 billion dalam Rancangan Malaysia ke 11.
Pada 08/08/2014 Khazanah Nasional Berhad juga
telah mengumumkan untuk menyahnaraikan Mas dengan manawarkan harga 27sen setiap
saham untuk membeli saham daripada pemegang minority. Langkah ini telah menelan
belanja sebanyak RM1.38 billion.
Contoh di atas menunjukkan sekiranya kerajaan
betul-betul beriktiar untuk menyelesaikan masalah EDL, maka alasan tidak ada
budjet tidak sepatutnya timbul.
Kesimpulannya :
1. Adalah
tidak logik untuk tidak mengmabil alih EDL
2. Perjanjian
kerajaan dengan syarikat konsesi tidak adil. Memanfaatkan syarikat persendirian
serta membebankan rakyat.
3. Beza
jumlah ansuran pengambilan adalah RM2.51 billion berbanding dengan pampasan
kepada MRCB adalah RM3.96 billion. Beza adalah RM1.45 billion.
4. Keutamaan
peruntukan harus diberikan kepada pengambilan EDL.
5. Rakyat
hanya tahu jumlah yang perlu dibayar, tetapi tidak berhak tahu isi kandaungan
perjanjian konsesi.
No comments:
Post a Comment