Monday, October 27, 2014

Kacau Ganggu Dari Rumah Kosong dan Rumah Kotor Terhadap Jiran Setempat 空屋及堆满垃圾的房子干扰邻近居民




Mengikut Akta kerajaan Tempatan 1976 :

Seksyen 74      : Mana-mana pemunya, penduduk atau penyewa, bangunan atau tanah sama ada layak diduduki oleh tenan atau tidak, yang membiarkan rumah, bangunan atau tanah itu berada dalam keadaan kotor dan tidak baik atau diliputi oleh tumbuh-tumbuhan rimbun dan mudarat adalah melakukan satu kesalahan. Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama kurang daripada enam bulan atau kedua-duanya.

Pihak berkuasa juga mempunyai kuasa untuk memasuki rumah atau bangunan.

Sekyen 75 (1)  : Seksyen ini memperuntukkan kuasa kepada pegawai untuk memasauki dan memeriksa semua rumah dan bangunan pada bila-bila masa. Arahan juga boleh diberikan untuk membersihkan permis.

Seksyen 75 (2) : Seksyen ini juga mengatakan jika perintah seksyen di atas tidak dipatuhi, maka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama kurang daripada enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 75 (3) : Seksyen ini membenarkan pegawai untuk memasuki rumah dengan memberikan enam jam notis terlebih dahulu.

Kacau ganggu hendaklah dihapuskan

Seksyen 80      : Seksyen ini menyatakan dengan jelas bahawa PBT hendaklah mengambil langkah untuk menghapuskan, memberhentikan, memusnahkan segala kacau ganggu dalam kawasan PBT pada premis awam atau persendirian.

Notis Menghendaki kacau ganggu dihapuskan

Seksyen 82 (1) : Seksyen ini memperuntukkan undang-undang bahawa apabila kacau ganggu dikenalpasti, pegawai boleh menyampaikan satu notis kepada orang yang menyebabkan kacau ganggu itu, dan menghendakinya menghapuskan kacau ganggu itu dalam tempoh yang dinyatakan.

Seksyen 82 (4) :  Jika orang yang menyebabkan kacau ganggu itu tidak dapat dijumpai, PBT boleh menghapuskan kacau ganggu itu dan boleh menuntut belanja mengenainya daripada pemunya.


Mengikut undang-undang kecil mencegah kekotoran (MBJB) 1981 dan undang-undang kecil mendapatkan tunggakan (MBJB) 2010 memberi kuasa kepada PBT untuk menahan dan melelong harta pemunya yang melakukan kacau ganggu dan tidak mematuhi perintah PBT apabila belanja menghapuskan kacau ganggu dituntut daripadanya.










Andrew Chen Kah Eng

No comments:

Post a Comment