Monday, October 6, 2014

Pengurangan Subsidi Minyak Tidak Logik


 
Kenyataan Media Oleh :


YB. Chen Kah Eng, Adun Stulang Johor

Mengenai Kenaikan Harga Petrol

06/10/2014



2008, Harga minyak mentah : USD147 Setong, Harga Minyak Malaysia Seliter RM2.70

2010, Harga minyak mentah : USD90 Setong, Harga Minyak Malaysia Seliter RM2.30

Pengurangan Subsidi Minyak Tidak Munasabah dan Membebankan





Kerajaan Malaysia telah mengumumkan harga Petrol RON95 dan diesel dinaikan sebanyak RM0.20 menjadikan harga runcit petrol RON95 dan diesel menjadi RM2.30 dan RM2.20 seliter masing-masing berkuatkuasa 3 Oktober 2014.



Pengumumnan ini telah mengejutkan rakyat Malaysia kerana ini akan mengakibatkan kesan ekonomi berantai yang akhirnya membebankan rakyat jelata.



Pada pendapat saya, kenaikan harga ini adalah tidak berpatutan.



Kali terakhir kerajaan mengumumkan kenaikan harga adalah pada 03/09/2013 dimana kenaikan adalah sebanyak RM0.20 menjadikan harga runcit RON95 seliter menjadi RM2.10. Pada masa itu, harga pasaran minyak mentah satu tong adalah sekitar USD110 (USD110/barrel).



Selepas pengumuman tersebut, iaitu dari September 2013 sehingga Januari 2014 harga minyak mentah setong telah jatuh dari USD110 ke USD94. Walaupun harga tersebut melantun balik selepas itu sehingga USD106 setong pada Jun 2014 tetapi harga tersebut masih lagi rendah jika dibandingkan dengan harga pada September 2013.



Kemudian, dari Jun 2014 ke October 2014, harga minyak mentah telah turun dari USD106 ke USD90 setong.



Tindakan kerajaan menaikkan harga runcit petrol telah mendapat kritikan yang meluas kerana mempersoalkan keputusan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel ketika harga pasaran dunia di paras rendah.


Kenaikan RM0.20 seliter ini adalah tidak logik kerana harga minyak mentah sekarang adalah sekitar USD90 setong di mana ia adalah USD20 lebih murah daripada harga pada September 2013, iaitu USD110 setong.



Selain itu, kita juga boleh megimbas kembali keadaan tahun 2008. Selepas pilihanraya 308 ke-12 Kerajaan BN telah mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78sen selitar menjadikan harga runcit petrol menjadi RM2.70 seliter. Pada masa itu, harga pasaran minyak mengalami kenaikan yang mendadak. Pada tahun itu, harga minyak mentah telah naik ke tahap maksimum iaitu mencecah USD147 setong pada 11/07/2008.



Sekiranya kita mengambil keadaan tersebut sebagai salah satu garis panduan, maka harga runcit minyak petrol sekarang tidak sepatutnya berada pada harga RM2.30. Dengan kata lain, apabila harga minyak mentah adalah USD147 setong pada 2008, harga runcit minyak petrol Malaysia seliter adalah RM2.70, maka harga runcit petrol sekarang sepatutnya adalah RM1.65 seliter kerana harga pasaran minyak mentah setong adalah USD90 sahaja.



Justeru itu, adalah tidak logik kerajaan menetapkan harga runcit RON95 pada harga RM2.30 seliter di mana harga pasaran minyak mentah sekarang adalah USD90 setong.



Selain itu, pada September 2007, harga pasaran minyak mentah juga adalah USD90 setong. Pada masa itu, harga runcit petrol seliter Malaysia adalah RM1.92. Maknanya, pada masa itu, harga RM1.92 seliter juga lebih rendah daripada RM2.30 seliter sekarang.



Apa yang jelas sekarang adalah, kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan subsidi minyak untuk rakyat Malaysia. Ini merupakan satu keputusan yang cukup membebankan rakyat.



Subsidi minyak petrol sebelum 03 September 2013 adalah 83sen seliter manakala semenjak 03 September 2013 sehingga 02 October 2014 subsidi adalah sebanyak 63sen seliter. Buat masa sekarang, iaitu selepas 02 Oktober 2014, subsidi minyak petrol seliter hanya sebanyak 28sen seliter.



Rakyat Malaysia rata-rata belum bersedia menerima keadaan di mana subsidi minyak dikurangkan atau dimansuhkan. Subsidi minyak telah berkurangan, iaitu dari subsidi 83sen, turun menjadi 63sen dan sehingga sekarang dengan hanya 28sen seliter.



Pada pendapat saya, sebagai negara pengeluar minyak, subsidi minyak petrol kepada rakyat sebanyak 28sen seliter adalah terlalu rendah.



Selain itu, sekiranya kerajaan betul-betul ingin memansuhkan subsidi minyak, maka kerajaan perlu melakarkan satu pelan tindakan jangka panjang supaya rakyat boleh menerima pelaksanaan dasar tesebut. Tindakan terburu-buru atau secara tiba-tiba akan mengakibatkan rakyat tidak boleh menyesuaikan diri atas impak ekonomi yang melandai mereka.



Sebagai contoh, tindakan jangka panjang untuk memansuhkan subsidi minyak boleh seperti berikut :



Untuk 20 tahun yang akan datang ;

Tahun
Subsidi Minyak Seliter
2014 dan 2015
50sen
2016 dan 2017
45sen
2018 dan 2019
40sen
2020 dan 2021
35sen
2022 dan 2023
30sen
2024 dan 2025
25sen
2026 dan 2027
20sen
2028 dan 2029
15sen
2030 dan 2031
10sen
2032 dan 2033
5sen
Mulai 2034
Tiada subsidi



Dalam kes ini, nilai subsidi adalah parameter yang ditetapkan seperti dalam jadual manakala harga runcit petrol akan ditentukan berlandaskan harga minyak mentah pasaran. Harga runcit petrol akan dikaji atau dikemaskini setiap dua atau tiga bulan. 



Dengan ini, rakyat akan bersipa sedia dan mengetahui bila masanya subsidi minyak akan dimansuhkan 100%. Selain itu, impak ekonomi yang melandai rakyat biasa juga tidak akan terlalu memdadak akibat kesan daripada impak reaksi ekonomi berantai.



Tekanan hidup adalah tinggi buat rakyat jelata sekiranya kerajaan tidak mengambil berat tentang masalah rakyat. Kenaikan harga minyak atau penguragan subsidi minyak, Kutipan Tol Eastern Dispersal Link di bangunan kastam Johor bahru dan pelaksanaan GST pada tahun depan merupakan tindakan menabur garam pada luka rakyat.






图解 :曾笳恩展示国际原油价格十年以来的图表并认为,现在国际原油价格一桶为USD90,政府把RON95汽油零售价定为一公升RM2.30,并不符合逻辑,不合比例。国际原油价格在2008年最顶峰时一桶为USD147,大马的汽油一公升为RM2.70


Chen Kah Eng menunjukkan graf dan menegaskan bahawa harga minyak mentah adalah USD147 setong pada 2008, harga runcit minyak petrol Malaysia seliter adalah RM2.70. Adalah tidak logik jika harga runcit RON95 ditetapkan pada harga RM2.30 seliter di mana harga pasaran minyak mentah sekarang adalah USD90 setong.
 




新山士都兰州议员曾笳恩于2014106日发表的媒体声明

有关汽油和柴油涨价



2008年七月年国际原油价格USD147一桶 :大马零售油价为RM2.70一公升

2014年十月年国际原油价格USD90一桶 :大马零售油价为RM2.30一公升

削减燃油津贴之举并不符合逻辑,不合比例,同时也为人民带来负担







马来西亚政府已经宣布RON95汽油和柴油在2014103日起调涨20仙。这意味着,RON95汽油及柴油的零售价分别为每公升2令吉30仙及2令吉20仙。



这项宣布让马来西亚人民感到震惊,因为这将造成连锁通膨效应,最终成为广大人民的负担。



我认为,涨价并不合理。



上一次政府宣布调涨汽油售价时是201393日,当时调涨了20仙,以致RON95汽油零售价为每公升2令吉10仙。当时国际原油价格为110美元一桶。



做出了此项宣布后,也就是从20139月至20141月,国际原油价格从110美元一桶跌至94美元一桶。虽然该价格在20146月份回弹至106美元一桶,但价格仍然比20139月份来的低。



接着,从20146月至201410月,国际原油价格已经从106美元一桶降至90美元一桶。



政府调涨汽油零售价的举措已经饱受批评,质疑政府为何在国际原油价格走低的时候调涨RON95汽油及柴油零售价。



一公升20仙的涨幅并不合理,因为现在的原油价格为90美元一桶,与20139月份110美元一桶的原油价格相比,便宜了20美元。



除此之外,我们可以参照2008年时的情况。在第十二届308全国大选后,国阵政府宣布调涨高达一公升78仙的汽油零售价,价格上涨至一公升2令吉70仙。当时,国际原油市场面临大幅上涨的冲击。当年,国际原油价格在2008711日涨到了147美元一桶的最大极限。


假如我们拿当时的情况作为一种指南,那么汽油零售价不应该是2令吉30仙。也就是说,2008年时国际原油价格为147美元一桶,马来西亚汽油零售价为一公升2令吉70仙。如今,国际原油价格仅是90美元一桶,那么合理的汽油零售价应是1令吉65仙。



因此,在国际原油价格为90美元一桶时,政府将RON95汽油零售价定为一公升2令吉30仙,并不符合逻辑,不合比例。



除此之外,20079月,国际原油价格也是90美元一桶。当时马来西亚的汽油零售价为1令吉92仙。也就是说,当时一公升1令吉92仙的价格也比现在的一公升2令吉30仙低。



由此可见,政府已决定减少马来西亚人民的汽油津贴。这也是足以造成人民负担加剧的决定。



201393日前的汽油津贴为一公升83仙,从201393日至2014102日,汽油津贴为每公升63仙。而如今,也就是2014102日后,汽油津贴仅是每公升28仙。



大部分的马来西亚人民尚未准备好接受降低或取消汽油津贴的处境。汽油津贴已逐步减少,从83仙降到63仙直到现在只是一公升28仙。



我认为,身为石油出产国,只是给予人民一公升28仙的汽油津贴是微不足道的。



除此之外,如果政府真的想取消汽油津贴,那么政府应该拟定一个长期计划,以让人民能够接受该政策。草率行事或突如其来的决定,将造成人民无法适应经济影响对他们的冲击。



举个例子,一个削减汽油津贴的长期计划如下:



即将来临的20年:

年份
一公升汽油津贴
2014 2015
50
20162017
45
20182019
40
20202021
35
20222023
30
2024 2025
25
20262027
20
20282029
15
20302031
10
20322033
5
2034年开始
无津贴



在这种情况下,津贴价值如图表中显示的一样,是固定的。而汽油零售价将根据国际原油价格而定价。每二至三个月检讨汽油零售价。



与此同时,人民已做足心理准备并知道何时将100%取消汽油津贴。除此之外,经济影响对人民的冲击已大幅降低,对连锁通货效应的影响也已得到控制。



如果政府不重视人民的问题,人民将承受巨大的生活压力。汽油起价或是降低汽油津贴、在新山关卡收取以支付东部疏散大道的过路费、在明年实行征收消费税,如同在人民的伤口上撒盐。

No comments:

Post a Comment