Thursday, April 7, 2016

Impian Sarawak Kampung Simuti, Sarawak

Kem Pendidikan Impian Sarawak
Kampung Simuti, Mambong Sarawak
06/12/2015 sehingga 11/12/2015

Kem Pendidikan Impian Sarawak yang telah dijalakan pada 6/12/2015 sehingga 11/12/2015 di Kampung Simuti, mambong Sarawak sekali lagi membuktikan keazaman IMPIAN SARAWAK dalam usaha mendekati komuniti orang Bidayuh di samping menolong menaikan kesedaran dan taraf pendidikan anank-anak Bidayuh.






Saya berasa amat berbesar hati kerana boleh menyertai Kem Pendidikan ini sebagai sukarelawan dari permulaan sehingga ke penghujung aturcara. Anak saya yang berumur 12 dan 10 tahun juga turut bersama saya dalam aktiviti sukarelawan ini yang mendedahkan kepada kami kehidupan luar bandar yang amat berbeza dengan kehidupan bandar di mana data selular adalah sukar dicapai.

Bermalam di kampung Simuti selama 5 malam dengan ditemani ; suara serangga, suara kicauan burung dan suara ayam berkokok sebelum fajar menyinsing, ayam itik yang berkeliaran, rumah papan dan buluh, bau harum buah durian yang menyelubungi hutan, air sejuk dan jernih dari gunung, udara bersih dan kabus pagi, merupakan pengalaman yang cukup padat dan manis.

Sebagai seorang wakil rakyat DAP dari Stulang, Johor Bahru yang berasal dari Kuching, Sarawak, saya rasa mempuyai obligasi untuk memikul tanggungjawab menjayakan projek pendidikan IMPIAN SARAWAK yang menolong membuka jendela dunia anak-anak Sarawak di kawasan pedalaman.

Pasukan sukarelawan di Kem Pendidikan Kampung Simuti kami terdiri daripada 11 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak. Dalam kem ini, kami memberikan pendidikan sokongan dalam Matematik, English dan Sains kepada anak-anak Bidayuh.

Sebagai sukarelawan yang menyalurkan pendidikan kepada mereka yang memerlukan boleh diibaratkan sebagai berkongsi ilmu dengan mereka. Budaya kongsi ilmu inilah yang kita harus galakkan dan dipergiatkan untuk kepentingan pembangunan pendidikan nasional di mana mereka yang lemah akan dibantu oleh mereka yang lebih berdaya saing. IMPIAN SARAWAK mendukong konsep kongsi ilmu ini dengan mengambil initiatif secara pro-aktif untuk mendekati komuniti yang memerlukan.




Melihat keriangan murid-murid yang comel serta tumpuan yang mereka berikan memberikan galakan yang amat besar kepada kami untuk memberikan seberapa banyak ilmu yang boleh kepada mereka. Sekali-sekala kami juga terkagum dengan kebolehan mereka serta ilmu yang mereka faham. Sekiranya minat mereka untuk belajar berkekalan, maka mereka boleh Berjaya.

Sejak kecil sehingga sekarang, saya sentiasa memegang kepada pedoman bahawa ilmu dan pendidikan merupakan asas yang boleh membawa perubahan pada taraf kehidupan. Kem Pendidikan ini memberikan peluang kepada saya untuk menyemai kepercayaan ini kepada murid-murid Simuti.

Semakin dalam kita menyelami atau menghayati sejarah, semakin tinggi pencapaian kita.

Kampung kita, kenangan kita. Kampung Simuti merupakan kampung yang berusia lebih daripada 100 tahun yang terdiri daripada sekitar 50 keluarga. Kampung simuti merupakan kampung halaman di mana orang simuti mengharungi segala keperitan hidup dan ia merupakan tempat sembuyinya kenangan dan nostalgia manis.

Lantaran itu adalah penting bagi generasi muda dan anak-anak kampung sentiasa ingat akan asal usul sendiri. Saranan saya kepada mereka adalah :

“Apabila anda melihat : Gunung, anak sungai, hutan, rumah panjang, kayu api, pokok durian, pokok rambutan, padi, Ingatlah dan hayatilah ibu bapa, datuk nenek dan nenek moyang anda.”

“When you see : Mountain, stream, forest, long house, fire woods, durian tree, rambutan tree, paddy, remember and appreciate your parents, grandparents and ancestors.”

Kami juga amat terima kasih kepada para penduduk kampung simuti atas sambutan berbuka hati mereka terhadap kedatangan kami. Selain diperkenalkan dengan pelbagai jenis masakan sayur hutan tradisi, buah-buahan tempatan, ikan bakar, kami juga diperkayakan dengan banyak pengalaman hidup penduduk kampung Simuti. Antaranya : pengalaman mengutip durian di hutan, pengalaman merentasi denai hutan, pengalaman bersama tukang besi.




Melalui program kem pendidikan ini, anak-anak sentiasa diaspirasikan untuk mengecapi kejayaan melalui iktizam dan cita-cita tinggi mereka. Saya berharap murid-murid ini akan berjaya dan menjadi kebanggaan kepada ibu bapa dan seluruh penduduk kampung Simuti.

Akhirnya, saya berharap lebih ramai orang akan menyertai barisan sukarelawan ini pada masa hadapan untuk menjayakan program IMPIAN SARAWAK ini.


Andrew Chen Kah Eng
Sukarelawan

Adun DAP Stulang, Johor Bahru








No comments:

Post a Comment