Thursday, January 9, 2014

2014 Calendar



浓浓的咖啡、香脆的烤面包、养的生熟蛋、满满报纸,就这样开始了充满活力的早晨。相信这对新山各族人民一点也不陌生,包括新山士都兰区州议员曾笳恩,这也是他平时的生活方式。因此,2014年来临之前,曾笳恩所派发的精美桌上月历就以此为封面。他通过软性的方式介绍自己,希望该区的居民更了解自己的州议员,借此拉近彼此间的距离。505后,曾笳恩并没有在大后忘了居民。在新的一年来临之前,他与团队将忙于在选区内走透透派发精美月历。

浓浓的新山情
往年,曾笳恩只是派发一张纸折式年历卡。如今首次推出共16页的翻阅式桌上月历,更具新意。曾笳恩花了近两个月的时间筹备及制作这份精美月历。一开始先构思这份月历的呈现方式,经过数次讨论后,便与设计师和摄影师一同展开设计工作。

为了引起新山人的共鸣,月历收录了12种新山各族人民的生活方式,富含着浓浓的新山情。同时,也让大家了解到各族间如何在新山共生共长。古庙游神、甘榜风情、嘛嘛档拉茶文化、海藩卖鱼等等新山的特色都收录在月历中。而照片取景地也有新甘光海边、巴刹、夜市等等。此外,曾笳恩也为每张照片注解,将情感化为文字,让大家知道他内心的想法。

除此之外,曾笳恩也希望大家知道新山人的生活是丰富多彩的。现在很多都市人都在忙碌的工作中度过,但可别忘了我们童年的时光、家庭的温暖、佳节的喜庆、朋友的信任等等。

每月的片及文字如下:
月份
照片
曾笳恩的文案
一月
巴刹小贩卖
一日之在于晨。
二月
柔佛古游神
神明佑我新山:啊!啊!
三月
嘛嘛档喝茶聊天
不分年的拉茶文化,拉近你我的距离。
四月
来小孩玩玻璃
,我土,同甘共苦。
五月
印度理店剪
信任就是美。
六月
新甘光海边卖鱼
城市也能享有一方宁静 —— 就在新甘光。
七月
女包裹来粽
甘榜情,迎佳
八月
脚踏车队骑
“吃”,感受大自然。
九月
家庭和睦共聚天
回家。。。共享天
十月
印度茉莉花圈
与友族分享佳喜悦。
十一月
来小孩
同一个祖国,同一个梦想。
十二月
游夜市
集体回的夜市。



除了每月日期外,月历也有曾笳恩的简介。同时,也介绍了士都兰州选区服务团队以及士都兰社区巡逻脚车队。大选后,这两个团队对这个社区的付出良多。

简易的联络方式                                         
月历收录了州议员及助理们的联络方式,也附上了办事处地址与地图。当居民面对问题时就可以轻易的取得联系,并寻求援助。此外,警局、医院、市政局、水务局、交通局等等重要的联络号码也收录其中。因此,这也是一份对人民非常有用的月历,极具收藏价值。

曾笳恩已经和团队向居民们派发月历,并深受好评。他也认为派发月历是其中一个与居民保持联系的方法,与居民建立更密切的联系。

曾笳恩将会继续派发月历,若有兴趣的民众,可以前往位于报馆街的州议员办事处索取月历

Monday, November 25, 2013

CADANGAN NAIK TARAF JALAN BERTINGKAT KEBUN TEH DAN JLN TUN ABDUL RAZAK DAN BERAKHIR DI JALAN BAKAR BATU, JOHOR BAHRU




CADANGAN NAIK TARAF JALAN BERTINGKAT KEBUN TEH DAN JLN TUN ABDUL RAZAK DAN BERAKHIR DI JALAN BAKAR BATU, JOHOR BAHRU







Di sini, saya juga ingin menarik perhatian berkenaan dengan cadangan kerja menaik taraf dua persimpangan bertingkat Kebun The, Jalan Tun Abdul Razak dan berakhir di Jalan Bakar Batu. Mereka yang duduk di Tmn Molodies dan Taman Kebun The yang merangkumi Jalan Chengai, Jalan Kemunting dan Jalan Pedada berasa risau dan kecewa dengan projek tersebut.Mereka tidak mahu berpindah kerana mereka sudah lama duduk di situ.

Daripada kajian yang dibuat, para penduduk yang terlibat tidak setuju dengan projek tersebut.Momorendum dan tandatangan sebanyak 196 penduduk telah dihantar kepada Pejabat Menteri Besar untuk tindakan susulan.
Persoalan sekarang adalah :

  • 1.    Bilakan projek ini akan dilaksanakan dan disiapkan?
  • 2.    Berapakah kos projek tersebut?
  • 3.    Apakah pampasan yang akan diberikan kepada mereka yang terpaksa pindah?
  • 4.    Apakah pakej dan rancangan perpindahan secara terperinci yang akan diberikan kepada para penduduk yang terlibat?

Adakah naik taraf jalan ini merangkumi Jalan Kebun Teh? Sekiranya ada;

  • 1.    Bilakan perlebaran itu akan dilakukan?
  • 2.    Adakah Jalan Kebun The akan dilebarkan?
  • 3.    Adakah perlebaran jalan akan mengakibatkan lot-lot tanah komersial di tepi jalan tersebut diambil, di mana kebanyakannya adalah penjual kereta?
  • 4.    Sekiranya ada, apakah pampasan yang akan diberikan?








Thursday, November 21, 2013

ADUN DAP STULANG, JOHOR : GESA KERAJAAN TEMPATAN JANGAN NAIKKAN CUKAI HARTA



ADUN DAP STULANG, JOHOR : GESA KERAJAAN TEMPATAN (MBJB) JANGAN NAIKKAN CUKAI HARTA




Para penduduk di Johor Bahru terutamanya di bawah pentadbiran MBJB  telah menerima notis nilaian baru bagi rumah mereka.  Rata-rata, cukai yang dikenakan telah dinaikkan kerana taksiran nilai rumah telah meningkat. Sesetengah kenaikan yang dialami adalah melebihi 50% dan ada yang mencecah sehingga sekali ganda.



ADUN DAP Stulang, Andrew Chen Kah Eng telah meninjau masalah mereka dan menyeru Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta MBJB agar mengaji balik tindakan MBJB.



Para penduduk terpaksa nenanggung cukai harta yang lebih. Walaupun nilai harta rumah telah naik, tetapi para penduduk berasa tertekan dengan kenaikan mendadak teresebut terutamanya mereka yang tidak menjual rumah mereka. Walaupun harga rumah sudah naik, tetapi jika mereka jual rumah mereka, ke manakah mereka mahu duduk?



Para penduduk berasa gelisah dan tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kenaikan cukai harta ini boleh diibaratkan sebagai menaruh garam pada luka kerana harga barang pasaran sudah naik melambung, lebih-lebih lagi kerajaan akan melaksanakan system cukai GST pada tahun 2015.




Para penduduk berharap MBJB boleh bersikap lebih fleksibel dalam kes ini dengan mengurangkan kadar cukai. Sekiranya nilai taksiran menigkat, tetapi kadar diturunkan dengan sewarjarnya, maka cukai harta mereka akan dikekalkan pada jumlah yang sama atau kenaikan yang tidak terlalu mendadak.




Contohnya, kadar cukai yang ditetapkan pada 2013 adalah 0.13%. Jika kadar cukai pada 2014 dikurangkan kepada 0.08% atau lebih rendah, maka jumlah cukai yang dikenakan  (nilai harta darab dengan kadar cukar) akan tidak akan mengalami kenaikan yang terlalu mendadak walaupun taksiran nilai adalah lebih tinggi.




 Contoh 1 :

Nilaian sekarang         : RM183,000               Kadar cukai                 : 0.13%

Maka cukai yang dikenakan adalah   :           RM237.90



Nilaian baru                : RM303,000               Kadar cukai                 : 0.12%

Maka cukai yang dikenakan adalah   :           RM363.90



Sekiranya :

Nilaian baru                : RM303,000               Kadar cukai                 : 0.08%

Maka cukai yang dikenakan adalah   :           RM242.40



Contoh 2 :

Nilaian sekarang         : RM173,000               Kadar cukai                 : 0.13%

Maka cukai yang dikenakan adalah   :           RM224.90



Nilaian baru                : RM411,000               Kadar cukai                 : 0.12%

Maka cukai yang dikenakan adalah   :           RM493.20



Sekiranya :

Nilaian baru                : RM411,000               Kadar cukai                 : 0.08%

Maka cukai yang dikenakan adalah   :           RM328.80


Berlandaskan contoh-contoh di atas, cukai harta yang dikenakan akan dikekalkan di paras yang boleh diterima atau kenaikan tidak terlalu mendadak.



Oleh kerana, banyak taman perumahan di sekitar Johor Bahru merupakan Tmn lama. Banyak infrastruktur seperti jalan, lampu dan longkang telah rosak. Adakah kerajaan akan menaiktaraf taman mereka dengan lebihan kutipan cukai harta? Sekiranaya tidak ada pembangunan atau rancangan yang konkrit, maka kenaikan cukai tersebut adalah tidak adil.


Adakah pihak berkuasa tempatan akan meningkatkan taraf perkhidmatan mereka dalam pengurusan sampah di taman-taman agar taraf kebersihan boleh diperbaiki? Sekiranya paras perkhidmatan dalam pengurusan sisa pepejal tidak mencapai taraf yang memuaskan, maka pihak kerajaan tempatan sebenarnya tidak berhak untuk mengutip cukai harta yang lebih.


Selain itu, kadar cukai bagi premise perdagangan telah dinaikkan dari 0.26% ke 0.27%.



Selain itu, menurut lapoan kewangana MBJB 2012, didapati terdapat lebihan pendapatan pada tahun 2012 dan 2011 iaitu sebanyak RM27,053,160 dan RM14,672,777 masing-masing.



MBJB sebenarnya belum berada dalam keadaan terdesak lagi untuk menambah pendapatan. Mengapakah mahu membebankan rakyat dengan cukai dalam lingkungan sekali ganda?



Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng juga mencadangkan agar PBT mengambil langkah yang lebih berkesan dan bijak untuk mengutip balik cukai harta tertunggak. Mengutip balik cukai tertunggak yang banyak juga boleh menambah pendapatan PBT tanpa menjadikan penduduk yang tidak berdosa sebagai mangsa. Untuk pengetahuan umum, cukai harta tertunggak bagi MBJB adalah seperti berikut : RM55.21 juta (2012), RM63.67 juta (2011), RM60.91 juta (2010) dan RM58.88 juta (2009).



ADUN STULANG dan para penduduk meminta agar kadar dikurangkan terus dan automatik tanpa memerlukan surat rayuan supaya masa pentadbiran tidak akan disia-siakan.




KERAJAAN NEGERI SEHARUSNYA MENGUMUMKAN GAJI LEMBAGA PENGURUS DAGI PERBADANAN JOHOR DAN SEMUA ANAK SYARIKATNYA.





PETIKAN DAN ULASAN PERBAHASAN BAJET 2014 YB. CHEN KAH ENG, ADUN STULANG, JOHOR DI DEWAN NEGERI JOHOR KE-13 MENGENAI :

KERAJAAN NEGERI SEHARUSNYA MENGUMUMKAN GAJI LEMBAGA PENGURUS DAGI PERBADANAN JOHOR DAN SEMUA ANAK SYARIKATNYA.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor baru-baru ini, soalan saya berkenaan dengan gaji yang diterima oleh setiap ahli lembaga pengarah bagi Damansara Asset Sdn Bhd dan SAJ Holding untuk tahun kebelakangan ini telah ditolak oleh Dewan atas sebab perkara yang dibangkitkan adalah rahsia.

Nampaknya, Kerajaan Negeri Johor tidak berani mengumumkan jumlah gaji yang telah diterima oleh mereka. Apakah masalahnya sehingga maklumat tersebut tidak boleh diketahui umum? Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat yang cuba disembunyikan?

Sebenarnya, syarikat-syarikat tersebut merupakan syarikat seliaan kerajaan negeri dan urusan yang mereka libatkan adalah berkait rapat dengan rakyat dan pembangunan johor. Gaji kita sebagai Ahli Dewan negeri, Barisan Exco, Menteri Besar, Speaker dan sebagainya boleh diumumkan dan bukannya rahsia. Mengapakah jumlah gaji syarikat yang diterima oleh Lembaga Pengarah dan Pengurus Kanan tersebut diklasifikasikan sebagai rahsia?

Lebih-lebih lagi apabila mereka telah ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012. Contohnya, semakan audit mendapati Damansara Asset Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Perbadanan Johor telah belanja lebih dalam projek ubahsuai Plaza Kotaraya Johor Bahru, iaitu dari kos anggaran awal sebanyak RM19 juta melonjak ke RM41.27 juta.

Selain itu, syarikat tersebut juga lewat dalam projek ubahsuai Komtar Johor Bahru, iaitu lewat sebanyak 24.12% sehingga September 2013.

Dalam tadbir urus juga, ia juga bermasalah dalam pembayaran dividen kepada kerajaan negeri. DASB tidak membuat bayaran dividen kepada Perbadanan Johor pada tahun 2009 hingga 2011 atas saham biasa.

Banyak tunggakan sewa daripada penyewa yang tidak aktif bagi bangunan milikan syarikat lain yang diuruskan oleh DASB juga tidak dapat dikutip. Sementara itu, perjanjian perkhidmatan antara DASB dengan syarikat perkhidmatan telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui.
Adakah syarikat dengan prestasi sebegini, kita tidak berhak tahu gaji mereka yang menguruskan syarikat ? Adakah gaji mereka terlalu tinggi sehingga Kerajaan Johor rasa tertekan untuk mengumumkan kepada orang awam?

Selain itu,Untuk Perbadanan Islam Johor pula, Laporan Ketua Audit Negara 2012 juga mendapati terdapat kekurangan dalam pengurusan syarikat Insist Amilat Sdn. Bhd. Perolehan IASB sebagai agen insurans adalah tidak menggalakkan di mana lebih 95% daripadanya adalah menerusi pelantikannya sebagai agen kerajaan Johor dan tiada usaha konkrit untuk memperluaskan sumber daripada agensi bukan kerajaan. Didapati IASB tidak menyediakan pelan pemasaran insurans secara agresif, sebaliknya terlalu fokus dalam memasarkan kepada Jabatan, pihak berkuasa tempatan, Badan Berkanun dan syarikat kerajaan.

Laporan audit juga mendapati kawalan kredit IASB yang lemah telah mengakibatkan jumlah hutang lapuk yang tinggi. kawalan kredit IASB terlalu longgar, iaitu bayaran premium yang didahulukan kepada syarikat insurans takaful bagi pemegang polisi tidak dapat dipungut balik.

kelemahan di atas pasti mempengaruhi pendapatan syarikat tersebut. Rakyat tidak mahu melihat pengurusan syarikat tersebut menerima gaji yang tidak setimpal dengan prestasi kerja mereka. lantaran itu, pengumuman gaji mereka kepada orang awam akan memberikan tekanan yang wajar kepada mereka yang menguruskan syarikat tersebut. Mereka yang dipatau dari sudut ini akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi mereka agar tidak ditegur oleh rakyat.

Pada pendapat saya , Perbadanan Johor dan Perbadanan Islam Johor dan semua anak-anak syarikat di bawahnya perlu mengumumkan gaji mereka kepada orang awam supaya prestasi mereka boleh dipantau oleh rakyat Johor. Lebih-lebih lagi urusan syarikat tersebut berkait rapat dengan pembangunan JOHOR.

Mereka yang memegang jawatan tinggi juga akan lebih berhti-hati dalam segala urusan dan keputusan yang mereka buat, kerena mereka tahu mereka sentiasa dipantau dan mesti bertanggungjawab terhadap kesilapan, ketidak-cekapan, kecuaian, pembaziran, kelewatan, penyelewengan dan segala bentuk kelemahan.

Kumpulan Perbadanan Johor mencatatkan perolehan tahunan 2012 yang menjangkau angka RM5.64 billion dengan Liabiliti setinggi RM8.437 billion. Selain itu, jumlah ekuiti yang dipegang sudah mencecah angka RM5.802 billion. Jadi, rakyat berhak mengetahui gaji mereka yang mengurus syarikat tersebut kerana ia melibatkan angka yang tinggi.


Kita tidak mahu melihat kesilapan demi kesilapan dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan tiada sebarang usaha dan tekad yang konkrit untuk menyelesaikan masalah. Rakyat tidak mahu melihat kesilapan sebegini berulang lagi setiap tahun yang mengakibatkan kerugian wang ringgit. Jika, ketelusan yang tinggi dipraktikkan dari segi maklumat gaji mereka, saya pasti, mereka akan lebih bertanggungjawab dan berhati-hati dalam urus tadbir.

Sekiranya pendapatan mereka yang merangkumi gaji, bonus, imbuhan tetap, elaun, dividen dan sebagainya bukan diklasifikasikan sebagia rahsia dan diketahui umum, maka prestasi Perbadanan Johor pasti akan meningkat. Peningkatan prestasi ini secara lansung akan memanfaatkan Kerajaan dan rakyat Johor. Justeru itu, janganlah jadikan gaji Perbadanan Johor dan anak-anak syarikatnya sebagai rahsia.