Friday, September 12, 2014

ADUN STULANG, YB Andrew Chen Kah Eng Desak Mansuhkan Pelaksanaan Wang Deposit Untuk Mengutip Wang Deposit RM5000 Daripada 17 Jenis Perniagaan Di Bawah Pentadbiran MBJB.

ADUN STULANG, YB. Andrew Chen Kah Eng Desak Mansuhkan Pelaksanaan Wang Deposit Untuk Mengutip Wang Deposit RM5000 Daripada 17 Jenis Perniagaan Di Bawah Pentadbiran MBJB.

新山市政局可以选择开罚单给违规的商家。然后,将缴交罚单列为明年更新商业营业执照的条件。那么商家为了可以更新商业执照以继续谋生,他们一定会缴清罚单。因此新山市政局没有必要在发出执照前, 向特定商家征收最高5千令吉的抵押金。MBJB boleh manyaman para peniaga yang melanggar peraturan dan menetapkan pembayaran saman sebagai kriteria untuk memperbaharuhi lesen perniagaan pada tahun depan. Dengan ini, mereka yang disaman pasti akan membayar saman kepada MBJB kerana mereka mahu lesen perniagaan mereka diperbaharuhi agar boleh terus berniaga. Oleh itu, MBJB tidak seharusnya mengutip wang deposit RM5000 daripada para peniaga tertentu sebelum mengeluarkan lesen perniagaan.




新山市政局属下地方政府法令有关贸易、商业及工业执照法令第27条,第1至第3项阐明,市长在发出 执照前,有权向商家征收最高5千令吉的抵押金限额。可是,地方政府没有必要向17种行业的商家征收最高5千令吉限额的抵押金。这显示了市政局不近人情之 举。商家也认为市政局利用法规最高限额的举措很不友善。我们坚决反对市政局征收高额抵押金这种不近人情的做法。希望地方政府、行政议员等能关注此事并取消此政策。
Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBJB) 2004, seksyen 27. (1) hingga (3) ada memperuntukkan bahawa Datuk Bandar boleh mengenakan bayaran deposit tunai tidak melebihi lima ribu ringgit. sebelum mengeluarkan lesen pernigaan. Dasar mengutip wang deposit RM5000 daripada para peniaga untuk 17 jenis peniagaan merupakan tindakan yang terlalu keras dan tidak mesra kerana ia merupakan angka maksima yang diperuntukkan dalam akta.








 

DESAK AMBIL ALIH EDL



DESAK AMBIL ALIH EDL




Kenyataan Media

Andrew Chen Kah Eng (Adun Stulang)

12/08/2014



Perkara yang dipertikaikan di sini adalah :

1.       Perjanjian yang ditandatangani di antara kerajaan dan MRCB adalah tidak adil dan memanfaatkan syarikat persendirian

2.       Rakyat terpaksa menanggung kos atas dasar persendirian kerajaan dengan perjanjian kerajaan dan MRCB yang tidak adil.

3.       Kerajaan sebenarnya boleh membelanjakan wang yang lebih kurang untuk mengambil alih EDL.



Untuk 30 tahun, sekiranya kerajaan memampas MRCB dengan RM11 juta sebulan, maka MRCB akan mengutip sebanyak RM3.96 billion. Sekiranya jumlah pampasan boleh dikaji dan dipertingkatkan setiap 3 tahun, maka jumlah pampasan yang diberikan akan lagi tinggi.



Mengikut , YB Dato’ Sri Abdul Wahid, kerajaan tidak mampu mengambil alih EDL keran kos RM1.3 billion adalah terlalu tinggi.



Berlandasakan kiraan pinjaman, sekiranya kerajaan memilih untuk membayar pengambilan EDL dengan bayaran ansuran 5% faedah, maka kerajaan setiap bulan hanya perlu membayar sebanyak RM6.979 juta. Jumlah bayaran adalah sebanyak RM2.51 billion.

**5% digunapakai kerana bond yang dikeluarkan oleh kerajaan biasanya adalah tidak melebihi 5%



Persoalannya adalah :

1.       Mengapa kerajaan perlu memampas MRCB dengan RM11 juta sekiranya MRCB tidak dibenarkan untuk mengutip tol?

2.       Sebenarnya kerajaan boleh menyelesaikan masalah pengambilan dengan jumlah wang yang lebih rendah iaitu sebanyak RM2.51 billion berbanding dengan pampasan yang mencecah RM3.96 billion. Perbezaan adalah sebanyak RM1.45 billion.



Mengikut laporan, MRCB membelanjakan lebih kurang RM1 juta setiap bulan untuk penyelengaraan. Untuk makluman, beza bayaran RM6.979 juta dengan RM11 juta adalah sebanyak RM4.021 juta. Sekiranya RM4.021 juta ditolak dengan RM1 juta untuk penyelenggaraan, maka masih ada lagi beza RM3 juta setiap bulan.



Kerajaan sepatutnya memberikan keutamaan peruntukan dalam Rancangan Malaysia ke 11. Mengikut laporan, jumlah peruntukan Rancangan Malaysia ke 11 adalah sebanyak RM250 billion. Selepas menolak belanja peruntukan, baki adalah sebanyak RM50billion. Menteri di Jabatan Perdana Menetri, YB Dato’ Sri Abdul Wahid mengatakan bahawa tiada budjet lagi untuk mengambil alih EDL kerana RM50 billion itu akan digunakan untuk tujuan lain.



Keutamaan harus diberikan kepada pengambilan EDL kerana isu ini telah berlarutanm selama 2 tahun. Peruntukan untuk mengambil alih EDL patut dilaksanakan terlebih dahulu.



Sekiranya bayaran ansuran bulanan adalah sebanyak RM6.979 juta, maka kerajaan akan menanggung jumlah bayaran sebanyak RM83.748 juta setahun dan RM418.74 juta.



Justeru itu, daripada baki RM50 billion daripada Rancangan Malaysia ke 11, RM418.74 juta hanya merupakan 0.84%.



Jika kerajaan memilih untuk membayar terus RM1.3 billion untuk pengambilan EDL, maka ia hanya merupakan 2.6% daripada jumalah baki RM50 billion dalam Rancangan Malaysia ke 11.



Pada 08/08/2014 Khazanah Nasional Berhad juga telah mengumumkan untuk menyahnaraikan Mas dengan manawarkan harga 27sen setiap saham untuk membeli saham daripada pemegang minority. Langkah ini telah menelan belanja sebanyak RM1.38 billion.



Contoh di atas menunjukkan sekiranya kerajaan betul-betul beriktiar untuk menyelesaikan masalah EDL, maka alasan tidak ada budjet tidak sepatutnya timbul.



Kesimpulannya :

1.       Adalah tidak logik untuk tidak mengmabil alih EDL

2.       Perjanjian kerajaan dengan syarikat konsesi tidak adil. Memanfaatkan syarikat persendirian serta membebankan rakyat.

3.       Beza jumlah ansuran pengambilan adalah RM2.51 billion berbanding dengan pampasan kepada MRCB adalah RM3.96 billion. Beza adalah RM1.45 billion.

4.       Keutamaan peruntukan harus diberikan kepada pengambilan EDL.

5.       Rakyat hanya tahu jumlah yang perlu dibayar, tetapi tidak berhak tahu isi kandaungan perjanjian konsesi. 







Wednesday, August 6, 2014

The Impacts Of The CIQ Toll Hike, Johor Bahru To The Johor Iskandar Region And Johor Properties.新山关卡过路费暴涨对于柔佛依斯干达特区投资计划及柔佛房地产的影响。



Kenyataan media oleh :

Andrew Chen Kah Eng (Adun Stulang, Johor Bahru)

05/08/2014



Kesan Kenaikan Tol di CIQ Johor bahru Terhadap Pelaburan Iskandar Johor Serta Hartanah Johor. Gesa Kabinet Menangguhkan Pelaksanaan Kadar tol Baru 



Berikutan dengan kenakan tol di CIQ Johor Bahru, terdapat impak  negatif yang sangat besar terhadap pelaburan di Iskandar Johor. Sektor hartanah juga dijangka akan menerima tamparan yang hebat berikutan dengan pelarasan kadar tol yang tidak munasabah.



Berlandaskan angka terbaru daripada Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin, pembangunan wilayah Iskandar Johor telah menerima pelaburan komited terkumpul sebanyak RM146.2 billion dari tahun 2006 sehingga Jun 2014. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM69.53 billion membabitkan pelaburan yang telah direalisasikan.



Menurut laporan daripada Iskandar Malaysia, wilayah pembangunan Iskandar mensasarkan pelaburan terkumpul sebanyak RM383 billion menjelang tahun 2025.



Berlandaskan angka yang diberikan, setelah 9 tahun wilayah Iskandar dilancarkan sejak 2006, ia hanya mencatatkan pelaburan komited sebanyak RM146.2 billion, iaitu hanya sebanyak 38.2% daripada angka sasaran. Manakala untuk pelaburan yang telah direalisasikan, peratusan yang dicapai dengan angka RM69.53 billion hanya merupakan 18.2% sahaja.



Andrew Chen berpendapat bahawa angka tersebut amat rendah dan jauh daripada sasaran kerana sudah dekat separuh daripada masa telahpun berlalu, iaitu selama 9 tahun dan hanya tinggal 11 tahun lagi untuk mencapai sasaran.



Andrew Chen merasakan bahawa kenaikan tol dio CIQ akan melambatkan lagi pembangunan di CIQ serta meletakkan angka pelaburan lagi jauh dari angka sasaran 2025, menjadikan matlamat Iskandar Malaysia akan gagal. Ini kerana kenaikan tol di CIQ akan melambatkan ekonomi tempatan di Johor bahru dan seterusnya mempengaruhi keputusan para pelabur untuk melabur di wilayah Iskandar. Kesan berantai daripada kenaikan tol di CIQ tidak boleh dipandang remeh.



Iskanadar Malaysia juga mempunyai visi untuk menjadikan Wilayah Iskandar sebagai wilayah metropolis yang lestari serta kental yang mempunyai standard antarabangsa. Pada pendapat, Andrew Chen, visi ini hanya boleh dicapai dengan adanya keadaan pentas ekonomi yang mesra dan bukannya diselubungi dengan polisi yang membebankan rakyat



Isu yang seterusnya adalah berkaitan dengan sector hartanah di Johor Bahru.



Andrew Chen merasakan kenaikan tol di CIQ akan mempercepatkan proses pelarasan teknikal (technical adjustment) bagi sektor hartanah di Johor Bahru. Selain itu, Andrew Chen juga tidak menolak bahawa kemungkinan besar gelumbumg hartanah (property bubble) di Johor Bahru akan pecah dengan lebih awal. Andaian tersebuta adalah berlandaskan factor-faktor berikut :



Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh kerajaan Johor pada Jun 2014 mengenai projek perumahan kondominium dan bilangan unit setiap projek yang telah diluluskan untuk pembangunan di Iskandar Johor dari tahun 2011 ke 2014, terdapat 24 tapak pembangunan di bawah pentadbiran MBJB dan MPJBT telah pun diluluskan untuk pembangunan.



Daripada 24 tapak pembangunan tersebut, jumlah unit kondominium yang telah diluluskan adalah sebanyak 8338 unit. Unutk perhatian, jumlah tersebut hanya merupakan jumlah unit yang telah diluluskan untuk pembangunan dan tidak termasuk jumlah bilangan unit dalam pelan induk (master plan).



Selain itu, data daripada National Property Information Centre (Napic) juga mendapati bahawa terdapat lebih kurang 300,000 unit rumah akan dibina dalam masa terdekat ini.



Iskandar Waterfront holding Bhd juga dijangka akan melancarkan lebih daripada 4,000 unit rumah yang akan disiapkan menjelang 2017.



Sementara itu, Hwang-DBS Vickers Research juga meramalkan Country Garden melancarkan 9,000 unit kondominium yang akan disempurnakan dalam masa tiga ke empat tahun ini. Mengikut laporan, sebuah syarikat yang disenaraikan dalam bursa saham Hong Kong, Guangzhou R&F Properties Co Ltd juga akan membangunkan 19 blok bangunan pencakar langit di Johor Bahru. Selain itu, pembangunan Forest City yang mendekati 2,000 hektar juga akan meningkatkan bekalan hartanah di Johor.



Lantaran itu, dengan bekalan hartanah yang tinggi ini, Andrew Chen berpendapat bahawa Johor amat memerlukan pelabur dari negara asing bagi meningkatkan permintaan untuk mendukong sektor hartanah di Johor Bahru.



Kenaikan kadar tol di CIQ pasti akan menonjolkan sikap yang lebih waswas daripada negara jiran untuk melabur di Malaysia. Kesan rantaian daripada kenaikan ini yang membantutkan ekonomi tempatan juga akan mengurangkan permintaan tempatan dalam sektor hartanah.



Berlandaskan factor-faktor tersebut yang mempengaruhi pelaburan wilayah Iskandar serta sektor hartanah, keputusan pelarasan tol di CIQ patut dibatalkan.



Justeru itu, kami meminta kerajaan akan memperhalusi isu pelarasan tol di CIQ semasa dalam mesyuarat kabinet besok. Dalam kes ini, banyak sector telah pun dipengaruhi dengan kesan negatif yang melibatkan banyak kementerian. Kami meminta agar menteri yang terlibat seperti Menteri Luar Negeri, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumhanan dan Kerajaan Tempatan, Menteri Perdangangna Antarabangsa dan Industri, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Menteri Pengangkutan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Menteri Sumber Manusia dan menteri-menteri yang lain boleh menasihat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri agar membatalkan pelaksanaan kanaikan tol di CIQ.



Daripada :

Andrew Chen Kah Eng (ADUN Stulang)

Media Statement by:

Andrew Chen Kah Eng (State Assemblyman for Stulang, Johor Bahru)

05/08/2014



The Impacts Of The CIQ Toll Hike, Johor Bahru To The Johor Iskandar Region And Johor Properties. Cabinet Urged To Stop The Implementation Of The New Toll Rate.



The increased toll rates at the Johor Bahru CIQ will negatively impact the whole Johor Iskandar region. Similarly, it is foreseen that this unfair toll rate will also greatly affect the property sector in Johor Bahru as a whole.



Based on the latest figure provided by the Johor Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin, the amount of committed investment for the Johor Iskandar Region from 2006 to June 2014 is RM146.2 billion. Out of that total committed investment amount, RM69.53 billion has been realised.



According to a report by Iskandar Malaysia, the Iskandar Development Region aimed to achieve RM383 billion worth of investment by 2025.



Based on the above figures, 9 years after the Iskandar Malaysia project is launched, the project has attracted RM146.2 billion worth of committed investment out of the total target of RM383 billion, which when put into percentage is only 38.2%, and the actual realised investment amount of RM69.53 billion is only 18.2% of the total targeted investment amount.



Andrew Chen feels that this result is too little and way off the original target the government had set out to achieve because 9 years had past and with 11 years remaining, the Iskandar Malaysia project has almost reached its mid-point.



Besides, with the toll hike at the CIQ, the Iskandar Malaysia development will be slowed down and pull us further away from the goals the government wish to achieve by 2025 with the Iskandar Malaysia project. This is because with the toll hike, the Johor Bahru economy will slow down, which will in turn affect investors’ decisions. The chain reactions of the increased toll rates must not be treated as trivial matters.



The federal government of Malaysia and the State government of Johor are committed in realizing the vision of Iskandar Malaysia to become a strong and sustainable metropolis of international standing. I think this vision can only be achieved if the economy is sound and government policies do not add burden to the local people.



The following are issues regarding the Johor property sector.



Moreover, the toll hike at the CIQ will also speed up the technical adjustment process for the Johor Bahru property sector. Other than that, I do not rule out the possibility that the burst of the housing bubble will take place earlier than expected. The reasons for this assumption are:



According to the reply given by the Johor State Government during the State Assembly in June 2014, 24 condominium projects that falls within the jurisdiction of MBJB and MBJBT, Johor Bahru, together with the number of apartments in each of these projects, 24 condominium projects were being approved from 2011 to 2014.



The number of approved units approved for this 24 condominium projects is 8338 units. Important thing to note is that these 8338 approved units are units that are currently approved for construction and does not include all the other units that are in the master plan but are currently not under construction.



In addition to that, according to figure provided by National Property Information Centre (Napic), it is estimated that 300,000 houses are expected to be completed in the near future.



Iskandar Waterfront Holdings Bhd is also expected to complete more than 4,000 houses by 2017.



At the same time, Hwang-DBS Vickers Research also showed that Country Garden will complete more than 9,000 condominium units in the next 3 to 4 years. It is also reported that a Hong Kong listed company, Guangzhou R&F Properties Co Ltd, will also be constructing 19 skyscrapers in Johor Bahru. In addition to that, Forest City will also be developing almost 2,000 hectares of land in Johor Bahru.



Due to the high level of property supply, it is of my view that Johor Bahru is in need of foreign investors to buy the properties here in order to achieve a balance between the supply and demand in the property market.



The toll hike at the CIQ will cast doubt to the investors from our neighboring country. The chain reaction from the toll hike will adversely affect the local economy, which will lower the demand for the properties in Johor Bahru.



It is therefore favorable that the toll hike at the CIQ be scrapped.



It is also therefore that we request that the cabinet discuss this issue in detail during their cabinet meeting tomorrow. This toll hike issue will negatively affect many industries and involved many ministries. We request that the involved ministries such as the Ministry of Foreign Affairs, Ministry of Local Well-Being, Housing and Local Government, Ministry of International Trade and Industry, Ministry of Tourism and Culture, Ministry of Transport, Ministry of Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism, Ministry of Human Resources and other ministries that to advise the Prime Minister and the Deputy Prime Minister so that the implementation of the toll hike at the CIQ can be scraped.




From:

Andrew Chen Kah Eng (ADUN Stulang)



文告

新山士都兰州区议员曾笳恩

05/08/2014



新山关卡过路费暴涨对于柔佛依斯干达特区投资计划及柔佛房地产的影响。就此督促内阁暂缓调涨过路费。



调涨新山关卡过路费,对于柔佛依斯干达特区的投资带来巨大的负面影响。房地产预计也将因为过路费不合理的调涨而承受巨大的打击。



根据柔佛州务大臣拿督莫哈末卡立诺丁的数据显示,从2006年至20146月,柔佛依斯干达特区的总累积承诺投资额达1462亿令吉。其中695亿3000万令吉的承诺投资额已落实建设。



依据,马来西亚依斯干达的报告,依斯干达特区计划预计2025年将吸引高达3830亿令吉的总投资额。



根据所提供的数据显示,依斯干达特区自2006年推行以来,这9年里仅有1462亿令吉的总累积承诺投资额,这只是其目标的38.2%。而695亿3000万令吉已落实建设的投资,只占其目标的18.2%而已。



曾笳恩认为,有关投资额非常低,与其目标相差一大段距离。9年了,接近一半的时间已经过去了,现在只剩11年去达致目标。



曾笳恩表示,新山关卡调涨过路费将放缓依斯干达特区的发展,同时,将使其总累积投资额更难以达致2025年的目标,最终导致马来西亚依斯干达特区计划的失败。由于调涨新山过路费将导致新山经济放缓,进而影响投资者投资依斯干达特区的信心。新山关卡调涨过路费所引起的连锁反应绝不容忽视。



马来西亚依斯干达特区,也希望成为一个可持续发展以及拥有国际水平的大都市。曾笳恩深信,只有友好以及不带给人民负担的良好经济平台,方能达致此愿景。



接下来的问题将与新山房地产息息相关。



曾笳恩认为新山关卡调涨过路费将加速新山房地产的技术性调整 (Technical Adjustment)。除此之外,曾笳恩也认为新山房地产泡沫将提前到来。基于以下因素提出了有关假设。



根据柔佛州政府在20146月的在州议会里给予的回复,从2011年至2014年,共有24个开发项目在新山市政局及新山中区市政局的管辖范围内,已经获准在柔佛依斯干达特区兴建公寓。



24个开发项目,共有8338个公寓单位获得批准。需要注意的是,有关数据只是获准兴建的单位数额,这不包括在大蓝图里的单位数额。



除此之外,根据国家房产咨询中心 (Napic) 的数据,大约有30万单位的房屋将在近期内建造。



预计伊斯干达海滨控股有限公司将推出多过4千的房屋单位,并于2017年完工。



同时,黄氏星展唯高达研究 (Hwang DBS Vickers Research) 预测碧桂园推出9千个公寓单位将于三到四年内完工。根据报告,在香港交易所上市的广州富力地产股份有限公司将在新山兴建19栋摩天大楼。除此之外,近乎2千公顷的发展项目也将增加柔佛房地产的供应量。



由于房产供应的高企,曾笳恩认为柔佛极需要国外投资者以平衡新山房地产的供应量。



新山关卡调涨过路费,让邻国投资者在马来西亚投资产生了疑虑。调涨路费所引起的连锁反也将影响地方经济以致降低了房地产的需求。



基于以上数个将影响依斯干达特区投资的因素,应该取消在新山关卡调涨过路费。



因此,我们要求政府在明日的内阁会议详细谈论在新山关卡调涨过路费的事项。在这个事件中,各领域都受到涉及多个部门的负面影响。我们要求涉及的部门如外交部、城市和谐,房屋与地方政府部、国际贸易与工业部、旅游及文化部、交通部、国内贸易部、人力资源部及其他的部门建议首相和副首相取消在新山关卡调涨过路费。




士都兰州议员曾笳恩启



http://www.nanyang.com/node/640142?tid=1024