Berkenaan dengan
pengambilan tanah di Kim Teng park, ADUN
stulang, Andrew Chen Kah Eng sekali lagi bmenegaskan pentingnya
pembatalan pengambilan melalui Gazette di bawah seksyen 35.
sekiranya kerajaan
mempunyai niat dan ikhlas untuk membatalkan cadangan pemgambilan tanah di Kim
Teng Park, saya menyeru agar kerajaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960
seksyen 35 untuk membatalkan cadangan pengambilan tanah di Kim Teng Park. Ini adalah
didorong oleh faktor berikut:
1. Tanah-tanah di Kim Teng Park
telah dicadangkan untuk diambil di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Jadi,
adalah wajib untuk mengguna pakai seksyen 35 yang diperuntukkan dalam Akta
Pengambilan Tanah 1960 untuk membatalkan proses pengambilan tersebut SECARA MUTLAK. MAKNANYA,
PEMBATALAN PERLU DIGAZETTE.
2. Sebarang janjian hentian tanpa GAZETTE tidak dapat menjamin proses pengambilan tanah telah terbatal dan tidak akan diteruskan. Kerisauan para penduduk masih kekal.
3. Cadangan pengambilan di bawah seksyen 8, telah mengakibatkan geran tanah mereka ditandakan dengan (cadangan pengambilan/intended acquisition) di bawah seksyen 9. Adalah tidak adil untuk tidak memansuhkan penandaan mereka melalui gazette. Ini adalah kerana MEREKA AKAN SENTIASA MENEMUI MASALAH APABILA SEBARANG USAHA PINDAH HAK MILIK INGIN DILAKUKAN.

4. Adalah tidak munasabah jika cadangan pengambilan boleh digazette dengan senang, tetapi
gazette untuk pembatalan tidak dapat dikeluarkan.
Prinsip KEADILAN mesti diaplikasikan
dalam segala usaha pengambilan tanah supaya memastikan kedua-dua pihak (pemaju
dan penduduk) mempunyai kuasa rundingan yang sama semasa dalam meja rundingan.
Sebarang pengambilan perlulah didahului
dengan rundingan diantara pemaju dan penduduk sebelum sebarang gazette
dikeluarkan. Rundingan yang
dijalankan selepas gazette dikeluarkan akan menyebabkan hilangnya kuasa
rundingan penduduk.
Jadi, adalah adil untuk mengembalikan STATUS ASAL TANAH KIM
TENG PARK MELALUI GAZETTE.
Diharapkan Kerajaan
akan membatalkan pengambilan dengan mewartakannya dalam GAZETTE di bawah
seksyen 35 secepat mungkin.
No comments:
Post a Comment